'Next STL', Syafiq Ahmad sasar jadi pemain takraw lepas tinggalkan Kedah?


  • Podium
  • Isnin, 02 Jun 2025

Selepas tempoh pinjaman bersama Kedah selesai, masa depan Syafiq bersama JDT masih belum diketahui. — Facebook/KDAFC

PENYERANG kebangsaan, Syafiq Ahmad memilih untuk kembali ke pangkuan majikannya iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas tempoh pinjaman di Kedah Darul Aman (KDA) FC tamat pada penghujung April lepas. 

Syafiq yang dilanda kecederaan pada penghujung 2024 terpaksa menelan realiti bahawa tempoh perkhidmatannya yang ketiga buat skuad Sang Kenari tidak membuahkan hasil seperti mana diharapkan.

Hal ini kerana dalam saingan Liga Super musim 2024/2025, pemain berusia 29 tahun berkenaan hanya sempat diturunkan 13 kali dengan dua gol dan satu bantuan jaringan dicatatkan buat KDA FC.

BACA LAGI: Khidmat mungkin tak diperlukan JDT, Terengganu sedia sambar Syafiq Ahmad berbanding Selangor

BACA LAGI: Hampir pasti tinggalkan Kedah, Syafiq Ahmad disebut-sebut perkuat Selangor

Pulangan tersebut sudah pasti membuatkan JDT kurang yakin untuk kembali meletakkan kepercayaan kepadanya, lebih-lebih lagi kerana terdapat lambakan peledak tempatan mahupun import dalam pasukan.

Kesukaran meraih minit permainan buat skuad Harimau Selatan pasti membuatkan Syafiq terbuka untuk meninggalkan kelab itu pada jendela perpindahan kali ini, baik secara kekal mahupun tetap.

Sementara keputusan untuk beraksi dengan kelab masih belum diputunkan, pemain kelahiran George Town, Pulau Pinang itu sepertinya sedang menikmati cutinya dengan meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakannya. 

Antara aktiviti yang dilakukan Syafiq ialah bermain sepak takraw bersama rakannya. Aktiviti tersebut bagaimanapun mencetuskan spekulasi apabila ada '

Tangkap layar hantaran Insta Story Syafiq.

Ia timbul selepas penyerang berketinggian 1.75 meter berkenaan memuat naik gambar bermain sepak takraw dengan kapsyen 'next STL (seterusnya STL)' pada hantaran Insta Story pada Sabtu. 

Meskipun ia sekadar gurauan daripada Syafiq, penyokong juga tidak lari daripada mengusik bintang Harimau Selatan itu untuk menyertai kempen Liga Sepak Takraw (STL) yang tengah rancak berlangsung. 

Terdahulu, Syafiq dikesan hadir memeriahkan perlawanan antara Johor Tigris bertemu ATM Guardians pada saingan Champions Cup STL musim 2023. Malah, Syafiq juga pernah mengakui sudah lama meminat sukan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram