
KIRA-KIRA 10 hari Malaysia menghadapi Vietnam di saingan Kelayakan Piala Asia pada 10 Jun, berita positif singgah di telinga penyokong bola sepak domestik apabila penyerang warisan iaitu Rodrigo Holgado bakal tiba tidak lama lagi.
Memetik hantaran dari wartawan Colombia, Dufie Lebron, melaporkan bahawa pemain yang dicanang bakal memperkuatkan skuad kebangsaan sejak dua minggu lepas itu akan menyertai kem Harimau Malaya usai menyelesaikan tugasan bersama kelabnya, America de Cali.
Holgado kini dalam persiapan untuk mewakili pasukannya menentang Independiente Medellin bagi saingan Categoria Primera A dengan pasukannya dalam misi mahu kekal di persada liga divisyen pertama Colombia itu.
BACA LAGI: Kelab sahkan Rodrigo Holgado dalam proses wakili Malaysia, jurulatih sangka ia khabar angin
BACA LAGI: Tajam depan gol berstamina 'kuda', hebatnya Rodrigo Holgado bukan biasa-biasa
Untuk info, perlawanan melibatkan America de Cali menentang Independiente Medellin akan berlangsung pada Ahad di Stadium Atanasio Girardot, Medellin, Colombia.
"Rodrigo Holgado akan berlepas ke Malaysia selepas perlawanan Medellin menentang America. Penyerang itu akan menyertai pasukan kebangsaan bagi komitmen antarabangsa yang akan datang. Dia akan terlepas dua perlawanan skuad kebangsaan.
"Laluan perjalanan: Medellin-Miami-Qatar-Malaysia. Pihak pengurusan kelab telah mengesahkan kepada saya bahawa segala urusan telah diselaraskan untuk memudahkan perjalanan pemain sebaik sahaja penglibatannya dalam perlawanan pertama skuad kebangsaan selesai," kata wartawan itu.
Rodrigo Holgado traveled with the América de Cali squad for their league match against Independiente Medellín. pic.twitter.com/0UMdQZyiAG
— Harimau Abroad(@HarimauAbroad) May 30, 2025
Terdahulu, pemerhati bola sepak Argentina iaitu Cesar Luis Merlo melaporkan bahawa Holdgado akan beraksi buat Harimau Malaya buat pertama kali pada jendela bola sepak antarabangsa Jun ini.
Menurut Merlo, Hogado disambar untuk bermain bersama Harimau Malaya kerana mempunyai pertalian darah Malaysia menerusi neneknya. Holgado akan menyertai skuad ketika Malaysia bakal berdepan Vietnam pada 10 Jun.
Bagaimanapun, sehingga kini kelibat pemain berkenaan masih tidak kelihatan dalam kem latihan Harimau Malaya sehingga menimbulkan persoalan dalam penyokong mengenai urusan dokumentasi penyerang itu.
Jika semua tugasannya bersama kelab selesai dan proses dokumentasi juga berjalan lancar, Holgado dijangka akan menyertai Dion Cools dan Hector Hevel sebagai pemain yang menyertai skuad kebangsaan pada fasa tiga. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram