
BAYER Leverkusen dikhabarkan sedang merancang satu langkah berani dengan mempertimbangkan untuk mendapatkan pemain muda Manchester United, Alejandro Garnacho bersama seorang lagi rakan sepasukannya menjelang musim pertama Erik ten Hag sebagai ketua jurulatih mereka.
Ten Hag yang dipecat oleh Manchester United pada Oktober tahun lalu selepas permulaan yang kurang memberangsangkan musim 2024/25, menyifatkan Leverkusen sebagai salah satu kelab terbaik di Jerman dan bertekad untuk meneruskan misi membangunkan pasukan yang bercita-cita tinggi.
BACA LAGI: Amad Diallo paling mengecewakan fans Man United, tak kisah jika dilepaskan Amorim
BACA LAGI: 'Man United dah main 5 final', legenda Arsenal persoal Arteta masih gagal rangkul trofi
“Saya datang ke Leverkusen untuk meneruskan cita-cita yang ditunjukkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
"Ini adalah cabaran menarik untuk membina sesuatu bersama dalam tempoh perubahan ini dan membangunkan satu pasukan yang bercita-cita tinggi," kata pengganti Xabi Alonso itu.
Ten Hag dijangka akan menerima bajet perpindahan yang besar pada musim panas ini, berikutan penjualan pemain utama seperti Florian Wirtz dan Jeremie Frimpong yang boleh menjana pendapatan melebihi £150 juta (RM855 juta)
Menggantikan dua bintang muda Eropah bukan tugas mudah, namun Leverkusen sedang menilai beberapa pilihan dalaman dengan laporan akhbar Jerman, Kicker memetik Garnacho yang dijangka meninggalkan Manchester United.
Selain Garnacho, sayap bekas pemain Ajax, Antony turut menjadi pilihan dalam perbincangan dalaman Leverkusen. Pemain Brazil itu mendapat perhatian selepas prestasi cemerlang sepanjang pinjaman enam bulan bersama Real Betis.
Awal minggu ini, Ten Hag diumumkan sebagai jurulatih kelab Bundesliga itu. — Agensi
Antony menyertai Manchester United pada 2022 dalam perpindahan bernilai sekitar £85 juta (RM485 juta) dari Ajax namun gagal memberikan impak yang diharapkan, dengan hanya 12 gol dan lima bantuan gol dalam 94 perlawanan.
Bagaimanapun, penyerang sayap berusia 25 tahun itu kini menunjukkan kebangkitan semula selepas menyertai Real Betis pada Januari lalu, dengan menjaringkan lapan gol dalam 24 perlawanan di La Liga dan Liga Konferens Eropah.
Dengan bajet perpindahan yang besar dan sasaran membina pasukan lebih mantap, Leverkusen di bawah kendalian Ten Hag dijangka akan membuat langkah strategik dalam jendela perpindahan musim panas ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram