Pemain mesti faham taktikal ‘Nafuziball’ demi pastikan misi Malaysia ke Piala Asia B-23 berjaya


  • Podium
  • Jumaat, 30 Mei 2025

Pemain-pemain mesti memahami taktikal Nafuzi untuk dipanggil mewakili Harimau Muda.

PENGENDALI skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Nafuzi Zain mempunyai tugas berat pada tahun ini dalam memastikan kejayaan Harimau Muda.

Pertama adalah Piala Asean B-23 yang diadakan di Indonesia pada Julai. Namun itu adalah sekadar 'usikan' manja sebelum perkara lebih penting tiba.

Perkara itu adalah kelayakan Piala Asia B-23 yang diadakan di Thailand pada September dengan misi untuk mara ke kejohanan tersebut.

BACA LAGI: 'Yang penting lawan Indonesia menang,' Nafuzi Zain diuji bertemu musuh tradisi Piala Asean B-23

BACA LAGI: Diundi bertemu Thailand, 'gameplay' Nafuzi jadi sandaran bawa Malaysia ke Piala Asia B-23

Malaysia diundi dalam kumpulan seimbang bersama-sama Lubnan, Mongolia dan tuan rumah pusingan kelayakan iaitu Thailand.

Misinya mudah, Nafuzi harus memenangi kumpulan tersebut untuk layak ke kejohanan akhir di Arab Saudi pada 2026. Jika tidak, dia perlu membawa Malaysia menjadi sebahagian daripada empat naib juara terbaik untuk layak.

Tapi bagaimana hendak melakukannya? Bagi pemerhati bola sepak tempatan, Afiq Rowley, dalam tempoh tiga bulan sebelum kelayakan diadakan, Nafuzi mesti mengumpulkan pemain yang benar-benar serasi dengan taktikalnya.

Selain itu, dia perlu pastikan keserasian para pemain berada pada tahap terbaik sebelum mereka turun beraksi.

"Nafuzi perlu pastikan keserasian antara pemain berada pada keadaan baik. itu penting. Jika persefahaman ada, tak sukar untuk Nafuzi rencana taktikal dan formasi atau falsafah dia inginkan.

"Pastikan pemain dipilih menepati piawaian dia sendiri bukan sekadar hebat tapi gagal faham taktikalnya," kata Afiq kepada Majoriti.

Afiq masih memandang yang Thailand merupakan halangan terbesar Malaysia untuk mengesahkan tempat ke Piala Asia B-23. Namun Lubnan turut boleh merencatkan laluan skuad negara jika leka.

Akan tetapi, dia tetap berasakan yang Harimau Muda tetap ada peluang untuk mara.

"Pastinya Thailand. Tapi Lubnan juga tak boleh dipandang mudah kerana mereka memiliki fizikal lebih baik dan rata-rata pemain mereka juga mempunyai kebolehan individu daripada segi skil kawalan bola. Apa pun, jangan pandang rendah kepada Mongolia. Dalam bola sepak, semua boleh berlaku.

"Kita mungkin hadapi sedikit kesukaran bertemu Thailand. Rekod pemain-pemain muda Thailand kita sendiri tahu antara terbaik di Asia Tenggara. Tapi tak mustahil jika Nafuzi mempunyai sentuhan terbaik untuk atasi perkara tersebut," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram