
BEREGU nombor satu dunia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani terkandas di peringkat suku akhir kejohanan Terbuka Singapura selepas tewas kepada gandingan India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty.
Sebelum itu, Sze Fei-Izzuddin berjaya menewaskan rakan senegara, Arif Junaidi dan Yap Roy King di pusingan kedua dan turun ke gelanggang suku akhir dengan misi meneruskan momentum cemerlang mereka.
Namun, pertembungan menentang beregu India itu menyaksikan Rankireddy-Shetty tampil dengan semangat membalas dendam, susulan kekalahan mereka kepada Sze Fei-Izzuddin di separuh akhir Terbuka India 2025.
BACA LAGI: DPMM berputih mata, gagal ‘done deal’ bek Pahang seperti mana Fairuz Zakaria
BACA LAGI: Hampir lengkap, 3 tonggak Perak FC termasuk Wan Zack selangkah sarung jersi Harimau Kumbang
Beregu nombor satu dunia, Sze Fei-Izzuddin kandas di suku akhir selepas tewas kepada wakil India. — ShuttleHard
Kali ini, beregu India yang menduduki ranking ke-27 dunia itu berjaya menebus kekalahan lalu apabila menundukkan Sze Fei-Izzuddin dalam dua set langsung, 21-18, 21-14.
Set pertama menyaksikan Rankireddy-Shetty mendahului beregu negara pada kedudukan 11-9. Meskipun cuba dikejar Sze Fei-Izzuddin, beregu India itu tetap unggul sebelum menang dengan keputusan 21-17.
Set kedua menyaksikan pada awalnya, kedua-dua beregu terikat pada kedudukan 5-5. Rankireddy-Shetty kemudiannya mendahului pada kedudukan 11-7.
Kelebihan mata yang dimiliki bekas juara Asia 2023 itu terus dipertahankan sebelum menang dengan keputusan 21-15. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram