
PENDATANG baharu Liga Super, Brunei DPMM FC terpaksa berputih mata selepas hasrat untuk mendapatkan pertahanan kiri Sri Pahang FC, Azwan Aripin bagi saingan musim depan tidak menjadi kenyataan.
Perkembangan itu dimaklumkan oleh pemerhati sukan tanah air, T. Avineshwaran menerusi ciapan di laman X pada Jumaat.
Sebelum ini, DPMM FC dalam satu kenyataan menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat Azwan bagi memperkukuh pasukan, khususnya di posisi bek kiri.
BACA LAGI: Pilih tinggalkan padang, 3 pemain termasuk Messi Malaysia pilih gelanggang futsal
BACA LAGI: Hampir lengkap, 3 tonggak Perak FC termasuk Wan Zack selangkah sarung jersi Harimau Kumbang
Hasrat DPMM FC untuk mendapatkan khidmat Azwan Aripin (kanan) tidak kesampaian. — Facebook/Sripahangfc
Namun begitu, difahamkan bahawa perjanjian tersebut telah dibatalkan, sekali gus menggagalkan perpindahan pemain itu ke Brunei.
"Azwan Aripin merupakan pemain Malaysia kedua yang sepatutnya menyertai DPMM. Kehadirannya dijangka memperkukuh pilihan di posisi bek sisi. Namun, difahamkan perjanjian itu kini dibatalkan," kata Avineshwaran.
Juara dua kali Liga Singapura itu sebelum ini melihat Azwan sebagai calon ideal bagi mengisi kekosongan di posisi pertahanan kiri.
Dengan pembatalan perjanjian itu, harapan penyokong untuk melihat Azwan beraksi bersama DPMM FC musnah.
Setakat ini, DPMM FC telah berjaya mendapatkan seorang lagi pemain Malaysia yang juga bekas pertahanan Penang FC, Fairuz Zakaria yang sah menyertai kelab berkenaan lebih awal. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram