
PERSEMBAHAN Asean All Stars ketika bertemu Manchester United di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu membuat ramai tertarik kerana mereka berjaya menewaskan kelab England itu.
Skuad yang dibentuk melibatkan pemain-pemain dari seluruh negara Asia Tenggara berjaya menang 1-0 sekali gus membuatkan United terus hampa tanpa sebarang piala walaupun sekadar trofi pasca musim (post season).
Asean All Stars yang ditunjangi pemain Malaysia seperti Azam Azmi, Adib Ra'op dan Haziq Nadzli berjaya memberikan persembahan baik hingga mendapat kemenangan.
BACA LAGI: Man United perlu waspada, Aguero sedia gegar gawang The Red Devils di Bukit Jalil
Namun begitu, terdapat satu pemain yang mendapatkan pujian pengurus United, Ruben Amorim. Pemain naturalisasi kebangsaan, Sergio Aguero dilihat berjaya menarik perhatiannya dengan persembahan berkualiti.
Menurut Amorim, Aguero yang beraksi dengan Sri Pahang FC mengawal tengah dengan baik sehingga berjaya memberikan saingan kepada United.
"Saya rasa Sergio Aguero adalah seorang pemain yang bagus, dia mengawal bahagian tengah dengan agak baik," kata Amorim.
Dalam perlawanan tersebut, Aguero dilihat berjaya menjalankan tugasnya sebagai ketua pasukan dan bergerak di bahagian tengah dengan baik.
Tidak terlalu fancy semasa beraksi, namun persembahannya berkesan dalam menyerap asakan United.
Oleh itu, tidak hairan apabila Kelantan Darul Naim FC dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmatnya pada musim depan selepas Aguero sendiri sudah bertemu bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.
Malah, Aguero turut dipancing oleh beberapa kelab di Indonesia untuk menguatkan pasukan masing-masing menjelang musim baharu Liga 1. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram