
KELAB Liga A1, Imigresen FC tiba ke Liga Super musim depan dengan harapan akan tampil kompetitif dalam saingan melibatkan 14 kelab.
Dilaporkan, Imigresen akan mendapatkan 60 peratus pemain dari Kedah Darul Aman FC bagi menguatkan skuad dengan mereka bersedia menjadikan Stadium Darul Aman, Alor Setar sebagai gelanggang rasmi.
Dalam jumlah 60 peratus itu, siapakah anak jati Kedah yang mungkin disunting Imigresen untuk membawa cabaran mereka?
BACA LAGI: Peter Cklamovski wajar turunkan 'ubi' TFC-Selangor walaupun Cape Verde dianggap lawan 'tricky'
BACA LAGI: 'Sayap' Kenari bakal bawa Imigresen FC terbang tinggi
Ifwat Akmal
Seorang penjaga gol yang sentiasa bersama Kedah dan tidak pernah ke mana-mana kelab, Ifwat Akmal mempunyai karier yang penuh jatuh bangun.
Di permulaan kariernya bersama Kedah, Ifwat dilihat mempunyai potensi besar menjadi penjaga gol ulung buat Sang Kenari hinggakan dia sering dipanggil menyertai skuad kebangsaan.
Ifwat (jersi biru) cukup berpengalaman di pintu gol.
Namun begitu, sedikit demi sedikit peranannya dalam skuad mula mengecil. Akan tetapi, dia masih beraksi dengan baik jika diseru untuk mengawal gawang Kedah.
Namanya mungkin jadi pertimbangan skuad Imigiresen untuk musim depan kerana pengalamannya sebagai penjaga gol tidak boleh dinafikan.
Amirul Hisyam
Selain Ifwat, Imigresen juga mungkin akan mengikat seorang lagi pemain senior iaitu Amirul Hisyam bagi menguatkan lagi skuad mereka.
Pemain berusia 30 tahun itu mempunyai versatiliti dalam permainannya dengan Amirul boleh beraksi sebagai pemain tengah serta pertahanan tengah jika diperlukan.
Amirul Hisyam mempunyai kebolehan beraksi di pelbagai posisi.
Ia menampakkan yang dia seorang pemain berkualiti serta antara yang terbersih dalam Liga Super musim lalu dengan cuma mengutip tiga kad kuning daripada 15 perlawanan.
Amirul antara pemain yang menyerlah musim lalu untuk Kedah walaupun mereka mengharungi musim sukar dan tidak hairan jika dia dikejar oleh kelab-kelab lain.
Fayadh Zulkifli
Seorang lagi pemain yang boleh dipertimbang oleh Imigresen untuk dibawa dari Kedah adalah dengan merekrut pemain sayap iaitu Fayadh Zulkifli.
Pemain sayap kiri itu mempunyai kualiti dari segi kemampuan untuk beraksi sebagai sayap kanan juga. Ia membolehkan Imigrsen menggunakannya di salah satu sayap ketika merencana serangan.
Fayadh Zulkifli.
Mungkin, apa yang perlu dibaiki adalah kualiti serangannya kerana musim lalu Fayadh cuma menghasilkan satu gol dan satu bantuan jaringan dalam 19 penampilan Liga Super.
Baru berusia 26 tahun, masih ada beberapa tahun untuk pemain itu kembali menemui sentuhan dan mendapatkan rentaknya kembali. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram