
BARU-BARU ini Badan bebas First Instance Body (FIB) mengumumkan bahawa sejumlah 11 kelab Liga Super dan dua pasukan Liga A1 Semi Pro yang bertanding pada musim 2024-2025 iaitu Melaka FC dan Imigresen FC berjaya memperoleh Lesen Kebangsaan.
Lapan kelab Liga Super yang sudah diberikan Lesen Kebangsaan oleh FIB ialah Johor Darul Ta’zim FC (JDT) Selangor FC, Penang FC, Kuching City FC, Sabah FC, Terengganu FC, Sri Pahang FC dan Negeri Sembilan FC.
Kuala Lumpur (KL) City FC, Kelantan Darul Naim (KDN) FC, dan PDRM FC menerima lesen secara bersyarat atau sanction kerana mereka perlu memberikan dokumen kewangan tambahan kepada MFL. Mereka perlu menghantar dokumen tambahan itu selewat-lewatnya pada 31 Mei.
BACA LAGI: Sri Pahang antara 11 kelab dapat lesen, MFL tolak permohonan Kedah-Perak
BACA LAGI: Tempoh mohon Lesen Kebangsaan dilanjutkan, ‘kelembutan’ MFL undang pro-kontra
Kegagalan mematuhi ketetapan berkenaan dalam tempoh masa yang ditetapkan boleh menyebabkan lesen kebangsaan Kuala Lumpur City FC, Kelantan Darul Naim FC dan PDRM FC ditarik balik oleh FIB.
Antara tiga kelab berkenaan, skuad Kijang Emas menjadi soroton susulan bekas pemain mereka iaitu Jasmir Mehat mendedahkan bahawa mereka masih mengalamai tunggakan gaji, caruman tidak dibayar, dan kegagalan menyediakan perlindungan insurans
"Macam mana lesen boleh dapat sedangkan gaji yang tertunggak masih tak bayar lagi. Tidak akan aku nak keluarkan kenyataan bank dekat sini untuk buktikan? Sampai pemain baru telefon tanya aku ada dapat tawaran dari KDN dan mereka cakap gaji yang tertunggak sudah selesai.
"Mana buktinya yang sudah selesai? Aku boleh senaraikan berapa bulan yang sangkut. Bila masa kau bayar gaji," katanya memetik Insta Story.
Lebih mengejutkan, pemain tengah itu turut mendedahkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) didakwa tidak dibayar walaupun potongan sudah dilakukan ke atas gaji pemain.
Tangkap layar Insta Story dari Jasmir.
"Semua kau potong, KWSP dan SOCSO semua dah siap tolak tetapi bila periksa, setahun kau tak bayar KWSP dan SOCSO. Tunggu isnin depan ini aku buat report KWSP. Tak cakap kosong kali ini, bila budak-budak tanya pasal gaji.
"Kau buat tak tahu saja. Kau bayangkan setahun kontrak kau main bola tetapi insurans satu sen cover pon takde. Sampaikan ada pemain yang cedera, bila-bila sakit hospital rehab apa semua sendirian berhad.
"Bila minta duit hospital mereka cakap pakai dulu nanti claim sampai dah habis kontrak. Duit hospital tak dapat lagi," tambahnya.
Setakat ini, tiada kenyataan balas rasmi daripada pihak pengurusan pasukan terbabit namun, isu ini dijangka mencetuskan persoalan bagaimana Lesen Kebangsaan KDN FC boleh diluluskan bersyarat oleh MFL. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram