
KELAB gergasi Bundesliga, Bayer Leverkusen dilaporkan semakin hampir melantik Erik ten Hag sebagai pengurus baharu mereka selepas mencapai persetujuan hampir muktamad dengan jurulatih berpengalaman itu.
Menurut wartawan bola sepak terkemuka, Fabrizio Romano, rundingan antara kedua-dua pihak sudah memasuki fasa lanjutan dalam beberapa hari kebelakangan ini dan sebahagian besar terma kontrak telah dipersetujui melalui perbincangan secara langsung.
Perkembangan itu berlaku seiring dengan pemergian pengendali mereka iaitu Xabi Alonso, yang telah membawa Leverkusen ke musim cemerlang dengan pasukan itu berjaya bersaing di semua kejohanan utama.
BACA LAGI: Garnacho merajuk, mahu tinggalkan Man United sebab cuma beraksi 20 minit dalam final Europa
BACA LAGI: Amorim enggan letak jawatan tapi sedia tinggalkan Man United tanpa pampasan
Legenda Liverpool itu dijangka akan mengambil alih tugas selaku pengurus di Real Madrid bagi menggantikan Carlo Ancelotti berikutan pengendali berkenaan dikhabarkan akan berkhidmat untuk skuad kebangsaan Brazil.
Untuk info, Ten Hag mempunyai rekod kejurulatihan yang memberangsangkan terutamanya ketika pengurus kelahiran Belanda berkenaan membimbing kelab Eredivisie, Ajax Amsterdam pada musim 2018 hingga 2022.
Sepanjang tempohnya di sana, Ten Hag berjaya membimbing pasukan berkenaan memenangi tiga kejuaraan liga dan membawa kelab Belanda itu ke separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL) pada 2019.
Alonso (tengah) dijangka akan mengambil alih tugas selaku pengurus di Real Madrid. — Agensi
Kecemerlangannya itu mempengaruhi Manchester United untuk melantiknya sebagai pengurus, namun tempoh Ten Hag di Old Trafford berakhir pada Oktober 2024 selepas rentetan keputusan mengecewakan.
Sementara itu, Bayer Leverkusen menamatkan saingan Bundesliga musim ini di tempat kedua dengan 69 mata.
Dengan pelantikan pengurus baharu, kelab itu berhasrat untuk terus memperkukuhkan kedudukan mereka di peringkat domestik dan juga Eropah dalam musim yang akan datang. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram