Rizal Ghazali, ex LWB kongsi perasaan sayu, Sang Kenari tinggal ‘jasa jadi kenangan’


  • Podium
  • Jumaat, 23 Mei 2025

Rizal Ghazali menerusi hantaran di Instagram peribadinya, berkongsi perjalanan kerjaya yang penuh bermakna sepanjang menyarung jersi Kedah. — Instagram/rizalghazali15

TONGGAK pertahanan kanan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Rizal Ghazali bersama bekas bek kiri pasukan itu, Azmeer Yusoff meluahkan rasa sayu dan pilu di media sosial mereka selepas keputusan First Instance Body (FIB) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menolak permohonan Lesen Kebangsaan KDA FC.

Keputusan itu secara rasmi menamatkan peluang Sang Kenari untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim depan, sekali gus menimbulkan kesedihan mendalam dalam kalangan pemain yang mempunyai sejarah gemilang dalam arena bola sepak tempatan.

Rizal Ghazali menerusi hantaran di Instagram peribadinya, berkongsi perjalanan kerjaya yang penuh bermakna sepanjang menyarung jersi Hijau Kuning.

BACA LAGI: Kebajikan pemain lebih penting berbanding sejarah, harapnya Kedah-Perak bangkitlah perlahan-lahan — Zulakbal

BACA LAGI: Anak jati Kelantan boleh ikut jejak Elavarasan perkasa Kijang Emas

Bekas bek kiri Sang Kenari, Azmeer Yusoff. Facebook/AzmeerYusoff

Walaupun tidak secara terang-terangan menyatakan rasa kecewa, jelas tergambar kesedihan di sebalik keputusan yang memisahkan dirinya daripada pasukan yang sudah dianggap seperti keluarga kedua.

Sementara itu, Azmeer Yusoff turut mengenang detik manis bersama KDA FC, menghargai jasa dan perjuangan yang telah dilalui bersama pasukan itu.

Bekas bek kiri skuad kebangsaan yang pernah beraksi buat skuad Sang Kenari turut sempat menyatakan rasa sedih akan hal tersebut selepas dia bertindak memuat naik gambar di Facebook peribadinya.

Gambar tersebut memaparkan bekas bek skuad kebangsaan itu menyarung jersi Kedah beberapa musim lalu, namun ia sudah disunting menjadi hitam putih.

Selain Kedah Darul Aman FC, Perak FC juga tidak akan beraksi dalam Liga Super musim depan selepas permohonan lesen mereka turut ditolak oleh FIB dan MFL.

Keputusan tegas itu menegaskan bahawa kelab perlu mematuhi kriteria kewangan dan pentadbiran yang ditetapkan untuk memastikan kelangsungan dan kestabilan liga. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram