
BEKAS pemain FC Twente, Kenneth Perez melontarkan kritikan keras terhadap pemain pertahanan kelab itu, Mees Hilgers selepas prestasi mengecewakan yang dipamerkan pemain warisan Indonesia itu ketika pasukannya tewas 0-2 kepada Ajax Amsterdam pada Ahad lalu.
Perez menuding kesilapan Hilgers sebagai punca gol pertama yang dijaringkan oleh bekas bintang Liverpool iaitu Jordan Henderson pada minit ke-20. Gol kedua Ajax pula dijaringkan oleh Wout Weghorst.
Menurut Perez yang pernah mewakili FC Twente pada musim 2008 hungga 2010 itu, gol tersebut tercipta akibat pelanggaran dilakukan oleh Hilgers, yang menurutnya tidak menunjukkan pemikiran rasional di atas padang.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Tak pandai cakap jangan cakap', Jojo respons cabaran bertarung petinju Indonesia
BACA LAGI: Cemerlang di Indonesia, Kim Swee lawan Bojan Hodak rebut gelaran jurulatih terbaik Liga 1
"Gol itu terhasil daripada pelanggaran, maaf untuk mengatakannya, si 'bodoh' Hilgers. Entah apa yang terjadi pada dia sejak menjadi pemain kebangsaan untuk Indonesia. Dia fikir dia bintang dunia," kata Perez dengan nada tegas.
Bukan itu sahaja, Perez juga berpendapat bahawa sebagai seorang pemain pertahanan seperti Hilgers perlu lebih bijak dalam membuat keputusan di atas padang, terutama ketika berdepan dengan situasi genting.
"Pemain pertahanan perlu menggunakan otak walaupun anda mahu tunjukkan betapa kuatnya diri anda. Gunakannya pada masa yang sesuai. Hilgers memang tidak waras," tegur Perez berhubung kesalahan dilakukan Hilgers.
Mees Hilgers mendapat kritik dari mantan pemain Ajax dan FC Twente, Kenneth Perez usai Twente dikalahkan Ajax dengan skor 2-0:
"Pada akhirnya gol itu terjadi karena pelanggaran oleh, maafkan kata-kata saya, si bod*h Hilgers. Saya tidak tahu apa yang terjadi padanya sejak dia… pic.twitter.com/e2jdpNgPzd
— Berita Sepakbola Dunia (@gilabola_ina) May 19, 2025
Kritikan keras Perez ini pastinya menimbulkan perhatian di kalangan peminat bola sepak Indonesia dan juga peminat Twente, memandangkan status Hilgers sebagai salah seorang pemain yang dipilih untuk mewakili pasukan kebangsaan Indonesia baru-baru ini.
Untuk rekod, Hilgers secara rasmi dinaturalisasi menjadi Warga Negara Indonesia (WNI) pada 30 September 2024, bersama dengan pemain keturunan Indonesia lain iaitu bek kanan, Eliano Reijnders.
Hilgers yang bermain di posisi pertahanan tengah itu memiliki darah keturunan Manado, Sulawesi Utara dari ibunya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram