Pemain Brunei dikira lokal, DPMM FC sambar bek kanan Penang FC lepas sah sertai Liga Super musim depan


  • Podium
  • Rabu, 21 Mei 2025

Fairuz (gambar kanan) merupakan pemain pertama ditandatangani DPMM FC bagi mengharungi musim Liga Super Malaysia pada musim depan.

BRUNEI DPMM FC dilaporkan sah menyertai Liga Super pada musim depan dengan bekas pemain Penang FC, Fairuz Zakaria menjadi pemain pertama dari Malaysia ditandatangani pasukan tersebut.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu kenyataan rasmi daripada laman web kelab tersebut pada Selasa.

BACA LAGI: [VIDEO] JDT sentiasa ada, Liga M akan terus bernyawa — TMJ

BACA LAGI: Rombakan besar-besaran, Syamer Kutty dan duo pinjaman Selangor antara 22 bintang tinggalkan Penang FC

"Fairuz Zakaria telah bersetuju menyertai DPMM FC bagi musim Liga Super Malaysia yang akan datang pada tahun 2025/2026. 

"Pemain Brunei serta pemain Malaysia dianggap sebagai pemain tempatan bagi DPMM FC pada musim MSL ini, yang merupakan berita baik bagi kami. 

"Beliau adalah pemain Malaysia pertama yang akan menyertai senarai pemain DPMM," menurut kenyataan itu.

Fairuz Zakaria yang berusia 27 tahun merupakan tonggak pasukan Penang FC musim lalu dan beraksi di posisi bek kanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram