
KETUA Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski baru-baru ini telah memanggil seramai 38 pemain tanah air menjelang perlawanan persahabatan bertemu Cape Verde di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 29 Mei.
Penjaga gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi mengetuai kontinjen Johor Darul Ta’zim (JDT) seramai 14 orang. Turut sama tersenarai ialah Arif Aiman Hanapi, Afiq Fazail dan Romel Morales.
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim mengetuai lapan pemain pasukan itu, selain Faisal, Harith Haiqal Adam Afkar dan Quentin Cheng turut berada dalam senarai sama.
BACA LAGI: Pearly-Thinaah masih belum sain kontrak, BAM tak mahu 'wabak' pemain ugut dengan wang merebak
BACA LAGI: Kami dah labur banyak, harap Pearly-Thinaah kekal — BAM
Cklamovski turut memanggil dua penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim dan Syed Nasrulhaq Syed Bidin dan turut diwakili Safawi Rasid, Ubaidullah Shamsul Fazili dan Safwan Mazlan.
Empat pemain negara yang berpangkalan di luar negara turut dipanggil Cklamovski dalam kem kali ini. Mereka ialah Dion Cools, Endrick dos Santos, Gabriel Palmero dan Hector Hevel.
Manisnya, Cklamovski turut memberi peluang kepada ramai pemain muda menyertai kem Harimau Malaya. Antara yang dipanggil ialah Fergus Tierney, Haqimi Azim Rosli, Haykal Danish Mohd Haizon dan Muhammad Abu Khalil.
Bagaimanapun, senarai itu bukanlah muktamad kerana dipercayai senarai penuh akan dikeluarkan dalam masa terdekat dengan beberapa pemain dijangka digugurkan.
Oleh itu, Majoriti menyenaraikan tiga pemain yang dijangka digugurkan sebelum senarai akhir nanti:
Afiq Fazail dijangka digugurkan aksi persahabatan bertemu Cape Verde. — Facebook/JST
1. Afiq Fazail
Afiq Fazail mungkin tidak tersenarai dalam skuad Harimau Malaya untuk perlawanan persahabatan menentang Cape Verde atas beberapa faktor utama.
Posisi Afiq sebagai pemain tengah kini semakin mencabar dengan kehadiran pemain seperti Paulo Josue dan Stuart Wilkin serta beberapa pemain warisan yang bakal dipanggil.
Mereka bukan sahaja lebih versatil, malah sedang menunjukkan prestasi konsisten bersama kelab masing-masing.
Walaupun masih menjadi tonggak di JDT, Afiq kini kurang mendapat peranan utama ekoran kehadiran pemain import yang lebih menyerlah. Ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap peluangnya untuk dipilih ke skuad kebangsaan.
Dengan persaingan yang semakin sengit, kehadiran pemain baharu dan perubahan taktikal dalam pasukan, Afiq Fazail berisiko tinggi untuk digugurkan daripada skuad Harimau Malaya menjelang aksi menentang Cape Verde, meskipun dia memiliki pengalaman luas di peringkat antarabangsa.
Kekurangan minit permainan antara faktor utama Hong Wan mungkin digugurkan aksi bertemu Cape Verde. — Facebook/JST
2. Hong Wan
Bintang JDT, Nathaniel Shio Hong Wan turut berdepan kemungkinan besar tidak tersenarai dalam skuad Harimau Malaya bagi perlawanan persahabatan menentang Cape Verde.
Kekurangan minit permainan bersama JDT, persaingan sengit dalam kalangan pemain tempatan yang lebih aktif, serta keutamaan jurulatih terhadap pemain yang benar-benar ‘match fit’ menjadi faktor utama.
Walaupun Hong Wan memiliki potensi, tanpa aksi konsisten di peringkat kelab, tempatnya dalam skuad kebangsaan sukar untuk dipertahankan dalam senarai akhir.
'Ubi muda' JDT, Alif Ahmad dikatakan turut digugurkan dalam skuad utama. — Facebook/JST
3. Alif Ahmad
‘Ubi muda’ JDT, Alif Ahmad masih belum layak untuk menyertai skuad kebangsaan kerana kurang pengalaman beraksi di peringkat tertinggi.
Setakat ini, dia masih belum mendapat minit permainan konsisten bersama skuad utama, yang menjadi kayu ukur utama untuk penilaian pemain ke peringkat antarabangsa.
Selain itu, persaingan di posisinya sangat sengit dengan kehadiran ramai pemain berpengalaman dan pemain warisan.
Alif juga dilihat masih dalam proses membina kematangan dari segi permainan dan ketahanan mental, yang penting untuk bersaing di pentas lebih tinggi.
Fokus utamanya sekarang adalah untuk terus berkembang bersama JDT II dan membuktikan kemampuan di Liga Super terlebih dahulu sebelum layak dipertimbangkan ke peringkat antarabangsa.
Sebagai info, Malaysia dijadual bertemu Cape Verde pada 29 Mei dan 3 Jun.
Aksi pertama pada 29 Mei merupakan aksi persahabatan antarabangsa yang diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Aksi kedua pada 3 Jun di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pula merupakan aksi persahabatan tertutup buat kedua-dua pasukan.
Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski mungkin menggugurkan beberapa nama pemain dalam perlawanan bertemu Cape Verde. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram