Kurang menyengat di Liga Vietnam, Joao Pedro dianggap lebih tajam bersama Sang Badak


  • Podium
  • Ahad, 18 Mei 2025

Pedro mempamerkan prestasi yang lebih meyakinkan apabila mencatat lapan gol dalam hanya 15 perlawanan liga bersama Sabah FC. — Facebook/Sabahfc

PENYERANG import Sabah FC, Joao Pedro dilihat lebih menyerlah ketika bersama The Rhinos berbanding prestasinya di Liga Vietnam bersama Ho Chi Minh City FC.

Pedro yang dipinjamkan ke kelab Vietnam itu pada awal Februari tahun ini, belum menunjukkan ketajaman yang sama seperti yang dipamerkannya ketika beraksi di Liga Malaysia.

Sepanjang tempoh pinjaman bersama Ho Chi Minh setakat ini, penyerang kelahiran Brazil itu hanya berjaya menjaringkan satu gol dalam tujuh penampilan liga.

BACA LAGI: Sentuhan Badrul Afzan terus ditagih, kekal kemudi skuad Peteh musim depan

BACA LAGI: Terima kasih beri peluang, bintang JDT-Selangor tinggalkan kelab Thailand

Joao Pedro sekadar menyumbang satu gol daripada tujuh aksi bersama kelab Vietnam setakat ini. — Agensi

Sebaliknya, ketika bersama Sabah FC musim ini sebelum dipinjamkan, Pedro mempamerkan prestasi yang lebih meyakinkan apabila mencatat lapan gol dalam hanya 15 perlawanan liga menjadikannya antara penjaring terbanyak pasukan dalam tempoh tersebut.

Perbandingan itu mengundang perhatian dalam kalangan penyokong Sang Badak yang menganggap Pedro lebih sesuai dan tajam ketika beraksi dalam sistem serta corak permainan pasukan kendalian Martin Stano.

“Di Sabah, Pedro lebih bebas dan tahu bagaimana untuk bergerak dalam kotak penalti. Di Vietnam, mungkin dia belum benar-benar serasi dengan pasukan,” kata Ronald John.

"Macam lagi sesuai dia main di Sabah berbanding di luar," kata Israh Lailah.

"Nampak sangat si Pedro ini lebih bagus bermain untuk Sabah FC,lapan lagi gol dia cetak," kata Mr Z.

Menariknya, berita baik buat penyokong The Rhinos apabila jentera serangan Sang Badak dijangka diperkuatkan semula dengan kepulangan Joao Pedro ke Sabah FC selepas tamat tempoh pinjamannya pada 30 Jun ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram