
PENGENDALI sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali diberikan mandat oleh pihak pengurusan kelab untuk kekal mengemudi skuad Peteh bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2025/26.
Berita baik itu dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air, Fadhirul Shuhaimi di laman X pada Ahad.
Menurutnya, pihak pengurusan Sang Penyu terus memberikan kepercayaan kepada pengendali berusia 49 tahun itu untuk kekal mengemudi TFC musim depan.
"Difahamkan Badrul Afzan Razali terus diberikan kepercayaan oleh pihak pengurusan Terengganu FC untuk mengemudi skuad Peteh harungi saingan Liga M musim 2025/26," katanya.
BACA LAGI: Beri peluang 'ubi muda' JDT-Selangor, tiba masanya Cklamovski ketengah prospek Sabah-Perak-TFC
BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya tiada masa untuk tunggu', Syazwan Andik sah tinggalkan Sri Pahang
Sang Penyu kekal di bawah kendalian Badrul Afzan musim hadapan. — Facebook/TFC
Difahamkan, keputusan mengekalkan Badrul dibuat selepas pihak pengurusan berpuas hati dengan pencapaian pasukan di bawah bimbingannya musim lalu, termasuk kejayaan mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2024 dan menamatkan saingan Liga Super di kedudukan keempat.
Sejak mengambil alih peranan tersebut daripada jurulatih Croatia, Tomislav Steinbruckner bermula 1 Oktober musim lalu, Badrul merekodkan keputusan memberangsangkan bersama skuad Peteh.
Badrul merekodkan sembilan kemenangan, lima keputusan seri dan lapan kekalahan dalam semua kejohanan termasuk Piala Shopee.
Bukan itu sahaja, Badrul turut membantu Terengganu mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2024 sebelum disekat juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Terengganu menamatkan musim 2024/25 di tangga kelima Liga Super dengan 35 mata. Aksi terakhir liga pada 20 April lalu menyaksikan Peteh menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 3-0.
Musim 2025/26 dijangka lebih mencabar dengan beberapa pasukan lain turut melakukan rombakan besar, namun dengan kesinambungan yang dibawa Badrul, TFC diyakini mampu menjadi pencabar utama kejuaraan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram