
MALAYSIA mudah menundukkan Korea Selatan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan acara berpasukan bagi Piala Asia Astaf dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Kemenangan 3-0 itu menepati status Malaysia sebagai pasukan pilihan walaupun sepanjang pertembungan antara tiga regu, Korea Selatan mempamerkan cabaran berkualiti.
Gandingan regu pertama, Haziq Hairul Nizam, Noraizat Nordin, Farhan Adam meraih kemenangan 15-6, 15-9.
BACA LAGI: Kualiti servis makin padu, Malaysia mudah benam Brunei acara berpasukan
BACA LAGI: Malaysia tambah kejuaraan di Titiwangsa, regu takraw kebangsaan menang straight set malukan Thailand
Malaysia ke separuh akhir acara berpasukan Piala Asia Astaf. — PSM
Regu kedua dibarisi Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Amirul Zazwan Amir menghasilkan kemenangan kedua menerusi keputusan 15-6, 15-11.
Barisan regu ketiga iaitu Zulkifli Razak, Afifuddin Razali dan Aidil Aiman Azwawi melengkapkan hari gemilang Malaysia apabila merakamkan kemenangan 15-8, 15-7.
Momentum Malaysia pada mulanya bergerak perlahan pada perlawanan pertama apabila pada satu ketika Korea Selatan mendahului 6-1.
Akan tetapi, insiden yang menimpa Haziq mengubah segalanya apabila Malaysia terus mendapatkan rentak dan mengawal perlawanan.
Insiden yang dimaksudkan adalah ketika tangan Noraizat terkena pada mata Haziq semasa meraikan mata diperoleh Malaysia. Ia menyebabkan tekong negara itu terpaksa mendapatkan rawatan segara sebelum sambung bermain.
Akan tetapi, tanpa disangka, kejadian itu membuka ruang buat Haziq tampil lebih garang apabila servis-servisnya terus menjadi igauan para pemain Korea Selatan.
Penyokong Malaysia yang menyaksikan perlawanan itu turut bersetuju kerana perubahan permainan Haziq adalah ketara sebelum dan selepas insiden tersebut.
"Berkat (kena) cucuk mata padu terus," kata penyokong bernama Jebat Alfonso.
"(Jadi) padulah lepas kena cucuk (mata), ujar Mohamad Jasman.
Malaysia akan turun beraksi pada separuh akhir pada Ahad. Jika menang, mereka akan beraksi pada perlawanan akhir pada sebelah malam. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram