
PEMAIN Albirex Niigata (S) dari Jepun, Shingo Nakano membuat keputusan untuk meniggalkan kelab itu sebaik saja musim bola sepak di Singapura tamat.
Penyerang Jepun berusia 20 tahun itu menyerlah pada musim ini apabila mencatatkan 24 gol dalam 28 perlawanan liga dan bersedia untuk meninggalkan bola sepak Singapura untuk ke liga lain.
"Saya tidak pasti mengenainya, tapi jika saya boleh maju, saya ingin ke negara lain. Mungkin di Asia sama ada Malaysia, Thailand atau Jepun. Selepas itu boleh cuba ke Eropah pula," ujar Nakano
Dengan menyatakan hasrat ingin ke Malaysia, beberapa kelab dilihat bersesuaian untuk Nakano tampil lebih garang sekali gus meningatkan kualitinya sebagai pemain.
BACA LAGI: Bukan saja Hariss, ex-Kedah berpeluang cipta sejarah bersama kelab Singapura
BACA LAGI: Pecah rekod di Singapura, Selangor-TFC-KDA boleh kejar 'tanda tangan' Tomoyuki Doi
Selangor FC
Dengan keperluan semasa yang mendesak, Selangor FC boleh menjadi destinasi pertama dituju oleh Nakano pada musim depan.
Keperluan tersebut adalah disebabkan Selangor sedang mencari penyerang import baharu selepas mereka tidak lagi menggunakan Ronnie Fernandez pada musim hadapan.
Katsuhito Kinoshi pastinya mengalukan kehadiran Nakano ke Selangor.
Dengan Willian Lira disebut-sebut akan menggantikan Fernandez, penyokong dilihat kurang senang dengan situasi tersebut kerana kualitinya yang dianggap setara dengan pemain tersebut.
Oleh itu, Nakano boleh dijadikan pilihan alternatif buat Selangor. Dengan usianya masih muda, pastinya Nakano mempunyai potensi yang belum diterokai lagi.
Penang FC
Sebagai kelab yang dilihat underperformed musim ini, Penang FC sememangnya memerlukan sedikit pelaburan bagi menguatkan barisan sedia ada.
Perubahan dari segi diperlukan bagi memastikan mereka tampil lebih garang sekali gus berjaya mendapatkan kedudukan lebih baik dalam liga musim depan.
Barisan serangan Penang dilihat lebih baik sejak kehadiran Wenzel-Halls (tengah).
Kehadiran Nakano boleh membantu kepada itu. Peningkatan sudah mula kelihatan apabila mereka mendapatkan Dylan Wenzel-Halls pada pertengahan musim.
Jika Nakano menyertai mereka, ia dilihat akan menambah sengat pada kualiti Harimau Kumbang pada musim depan.
Sabah FC
Musim yang sepi buat Sabah FC namun begitu, mereka masih tampil garang apabila berjaya mendapatkan kedudukan ketiga Liga Super.
Dengan potensi bola sepak Asia Tenggara dalam pantauan, Sabah perlu mensiapkan skuad dengan penyerang ampuh supaya mereka mampu memberikan cabaran.
Nakano boleh menjadi penyerang kegemaran penyokong Sabah yang seterusnya.
Dengan hanya ada Dareen Lok sebagai penyerang berkualiti, Sabah wajar mendapatkan Nakano sebagai usaha menyambung legasi ditinggalkan Joao Pedro dan Ramon Machado.
Jika benar Nakano mahu ke Malaysia, dia harus ke kelab yang tepat supaya potensinya berjaya digilap sebaiknya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram