[VIDEO] Ahmad Jais akui skuad takraw kebangsaan sukar serap serangan konsisten Sittipong, antara punca tersungkur


  • Podium
  • Ahad, 18 Mei 2025

Thailand dinobatkan sebagai juara regu berpasukan dalam aksi akhir di Stadium Titiwangsa pada Ahad.

MALAYSIA terus dikecewaskan dalam acara regu berpasukan apabila tumbang 0-2 kepada Thailand dalam aksi sengit yang menyaksikan Malaysia berjuang habis-habisan menentang regu Gajah Perang di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Ahad. 

Jurulatih skuad takraw kebangsaan, Ahmad Jais Baharun melihat kecemerlangan serangan daripada tekong Thailand iaitu Sittipong Khamchan pada regu kedua menjadi antara faktor Malaysia terlepas untuk  menamatkan badi 34 tahun tanpa kejuaraan. 

BACA LAGI: [VIDEO] Badi Thailand masih hantui Malaysia, perjuangan hingga tangan cedera Azlan Alias kekal diingati

BACA LAGI: Tak sempat 'mandi peluh' tewaskan Nepal, Ahmad Jais masih belum puas prestasi regu takraw kebangsaan

“Kalau kita tengok daripada segi serangan Sittipong pada regu kedua lebih konsisten.  Kalau dibandingkan dengan persembahan yang dipamerkan pada antara regu. Jadi apabila kita dapat cuba menyerap tekanan pemain-pemain kita beraksi dengan agak baik.

“Namun pada set ketiga kita seperti hilang fokus. Iitu yang memberikan perbezaan pemain-pemain kita. Kerana bagi pasukan Thailand apabila mereka dapat melakukan break pada bola Haziq dan itu memberikan mereka kelebihan untuk melakukan serangan balas melalui servis tekong dia.

“Dan bagi saya macam saya cakap tadi saya kena terima hakikat bahawa pemain-pemain kita perlu memperkemaskan lagi pertahanan untuk pasukan kita dalam menyerap tekanan pasukan lawan,” katanya ditemui selepas perlawanan berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

MENYUSUL...