Bukan saja Hariss, ex-Kedah berpeluang cipta sejarah bersama kelab Singapura


  • Podium
  • Sabtu, 12 Apr 2025

Hariss (kiri) beraksi cemerlang dalam mengekang jentera serangan Sydney FC di laman sendiri. — Facebook/Lion City Sailors

DUA bekas pemain ternama Liga Malaysia, Hariss Harun dan Anumathan Kumar kini berada di ambang mencipta sejarah baharu bersama kelab Singapura, Lion City Sailors.

Kedua-dua pemain berpengalaman itu berpeluang mara ke final Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), satu kejohanan yang dikatakan lebih berkualiti berbanding Piala AFC.

Hal ini kerana ACL2 menghimpunkan kelab-kelab utama dari liga kompetitif seperti Jepun, Korea Selatan dan Australia.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Memalukan', Jojo sound aksi 'panas' Face-Off Fury Championship

BACA LAGI: [VIDEO] Kedah perlu selesai tunggakan gaji sebelum 30 April

Hariss (kiri) pernah mewakili JDT, manakalah Anumanthan (kanan) beraksi selama semusim untuk KDA FC.

Berita baik itu dikongsikan di laman Instagram palatao_bola pada Sabtu.

Hariss Harun dan Anumathan Kumar mambu ke final ACL 2.

“Legenda JDT, Hariss Harun dan legenda Kedah, Anumathan Kumar mahu bawa Lion City Sailors layak ke final pertama edisi ACL2 lebih berkualiti tinggi dari AFC Cup kerana disertai kelab utama Jepun, Korea dan Australia serta tidak harapkan Kuwait digantung FIFA untuk dapat layak ke final," tulisnya.

Manisnya, penyertaan dalam kejohanan berprestij itu memberi peluang kepada Hariss dan Anumathan untuk membuktikan kemampuan mereka di pentas lebih tinggi, sekali gus mencipta sejarah baharu buat kelab Lion City Sailors dan juga bola sepak Singapura.

Peluang Sailors ke final juga hadir tanpa bergantung kepada nasib pasukan lain seperti penggantungan Kuwait oleh FIFA.

Sebaliknya, Hariss dan Anumathan mahu membuktikan kemampuan mereka secara merit, satu langkah besar bukan sahaja buat kelab tetapi juga buat bola sepak Singapura.

Jika berjaya, ini akan menjadi penampilan pertama kelab tersebut di pentas final kejohanan Asia yang lebih kompetitif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram