
TANPA disedari, saingan Liga Perdana Singapura (SPL) menghasilkan beberapa penyerang yang berkualiti menerusi persembahan mereka saban minggu.
Salah satunya adalah pemain Geylang International, Tomoyuki Doi yang merupakan bintang import dari Jepun. Musim ini, Doi sudah memecahkan jaringan terbanyak dalam satu musim SPL apabila dia menghasilkan 39 gol mengatasi pencapaian dilakukan oleh Mo Grabovac.
Dengan persembahan cemerlang itu, pastinya menarik perhatian beberapa kelab di Malaysia untuk mendapatkannya bagi menggantikan penyerang sedia ada.
BACA LAGI: Mana satu betul? Tarikh final Piala Malaysia jadi persoalan
BACA LAGI: Dulu 'ayam tambatan' kelab Utara tanah air, 3 import termasuk Soony Saad kini hanya 'free agent'
Selangor
Salah satu destinasi yang boleh yang boleh dituju oleh Doi jika dia mahu ke Liga Super adalah dengan menyertai kelab Lembah Klang iaitu Selangor FC.
Gergasi Merah musim ini menyaksikan mereka meletakkan Ronnie Fernandez sebagai teraju utama bahagian serangan. Namun begitu, penyokong Selangor agak tidak berpuas hati dengan persembahannya.
Ramai penyokong Selangor mahu Fernandez (kiri) disingkirkan musim depan.
Dengan desakan penyokong untuk Selangor menyingkirkan Fernandez bagi musim depan, mungkin Gergasi Merah boleh menumpukan fokus mereka mendapatkan Doi sebagai penggempur baharu mereka.
Ditambah faktor pengendali, Katsuhito Kinoshi juga berasal daripada Jepun. Ia membolehkan Japanese Connection dicipta oleh kedua-dua individu tersebut di Lembah Klang.
Terengganu
Jika bukan Lembah Klang destinasinya, Doi boleh berkira-kira untuk mencuba nasib menjadi bintang pujaan di Pantai Timur bersama-sama Terengganu FC.
Merupakan bekas kelab pemain Singapura iaitu Faris Ramli, Terengganu dilihat sebagai destinasi ideal sekali gus boleh menggantikan penyerang utama mereka iaitu Ivan Mamut.
Ivan Mamut terlepas semusim bersama Terengganu.
Mamut yang tidak beraksi untuk Terengganu sepanjang musim akibat kecederaan mempunyai masa depan yang goyah di Gong Badak dengan dia dikatakan sudah tidak bersama mereka.
Pemergiannya boleh diisi oleh Doi dan penggempur itu dilihat mampu memberikan impak buat skuad Badrul Afzan.
Kedah Darul Aman
Kalau bukan Lembah Klang atau Pantai Timur, Doi mungkin boleh naik sehingga ke utara Malaysia bagi mendapatkan kelab baharu musim hadapan bersama Kedah Darul Aman FC.
Dengan ketajamannya, pasti penyokong Kedah mengharapakan dia mampu untuk mengisi tempat Milos Gordic yang menjadi sasaran kritikan sepanjang musim kerana ketumpulan penyudahnya.
Gordic sering dikecam kerana ketumpulan penyudahnya.
Kedah mungkin destinasi sukar untuk menjadi pilihan Doi kerana faktor kewangan mereka yang tenat. Malah, status mereka beraksi di Liga Super musim depan turut jadi tanda tanya.
Namun begitu, seandainya Kedah berjaya mendapatkannya, ia adalah satu rekrut hebat dilakukan Kedah. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram