[VIDEO] Sentuhan Amelia Henderson & Co ubah bangunan 1905 terkenal di Sentul jadi 'court' pickelball ala-ala Wimbledon


  • Podium
  • Sabtu, 17 Mei 2025

Pickle Depot menjadi tuan rumah Kejohanan Pickleball Antarabangsa Skechers Edisi 2025 yang disertai oleh 618 peserta daripada 13 negara.

RAMAI yang mengenai Depot Sentul, Kuala Lumpur sebagai tempat pertemuan sosial dengan pelbagai acara diadakan di bekas tapak depoh kejuruteraan kereta api terbesar di Tanah Melayu berusia kira-kira 120 tahun berkenaan.

Selain menjadi ruang istirehat, restoran, hiburan, pejabat dan venue acara, siapa sangka Depot Sentul juga boleh diubah suai menjadi gelanggang sukan sedang meningkat naik iaitu pickleball.

Bangunan bersejarah yang sudah berdiri megah sejak tahun 1905 itu kini mendapat nafas baharu hasil sentuhan kreatif selebriti dan usahawan terkenal tanah air iaitu Amelia Henderson serta rakan kongsinya.

BACA LAGI: [VIDEO] Baru buka seminggu, venue pickleball Amelia Henderson jadi tuan rumah kejohanan antarabangsa

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya tiada masa untuk tunggu', Syazwan Andik sah tinggalkan Sri Pahang

Jika diamati gelanggang pickeball yang diberi nama Pickle Depot itu, usaha empat sekawan termasuk Amelia berjaya mengubah ruang klasik tersebut menjadi sebuah gelanggang moden ala-ala suasana Wimbledon.

Untuk info, Wimbledon merupakan satu daerah di United Kingdom namun sinonim dengan sebuah pertandingan tenis yang dipertandingkan setiap tahun di All England Lawn Tennis and Croquet Club di London, England.

Menurut Philip Tan iaitu salah seorang rakan kongsi Pickle Depot, mereka menitikberatkan pemeliharaan struktur asal bangunan bersejarah itu sambil memperkenalkan elemen-elemen moden dan gaya hidup kontemporari.

Suasana di Wimbledon ketika kejohanan tenis berlangsung.

"Sebahagian daripada apa yang kami lakukan di sini adalah kami bekerja dalam ruang yang dibina pada tahun 1905. Ada sejarah yang hebat di belakang ruang ini. Kami telah melakukan banyak kerja yang hebat untuk memastikan kita tidak memusnahkan struktur dan kecantikan tempat ini.

"Kami cuba untuk mengintegrasikan seluruh rekaan kami dan membawanya ke dalam bangunan ini. Kami bukan sahaja menjual Pickleball tetapi juga gaya hidup. Anda ingin datang ke sini untuk menikmati aspek sosial permainan, berjumpa dengan orang baharu, bermain sukan yang hebat," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Pickle Depot iaitu Charles Chong pula berkongsi bahawa mereka menawarkan 12 gelanggang pickleball dan bakal menambah empat lagi gelanggang baharu daripada jenama yang diiktiraf oleh Pembekal Rasmi Persekutuan Padel Antarabangsa, MejorSet.

 

 

"Sekarang kami mempunyai 12 gelanggang pickleball tetapi kami akan mempunyai empat lagi. Jadi kami akan mempunyai empat gelanggang dari MejorSet iaitu gelanggang yang diguna di peringkat antarabangsa.

"Jadi kami bercadang untuk melaksanakan pelbagai lagi seperti menjual makanan dan minuman seperti kafe dengan ada yang menjual matcha coffea dan perkara-perkara semacam itu. Jadi kami cuba mencipta keseluruhan ruang ini menjadi hab gaya hidup," kongsinya.

Transformasi itu bukan sahaja meraikan warisan sejarah, tetapi juga memperkenalkan sukan dan gaya hidup baharu kepada masyarakat moden, menjadikannya satu mercu tanda yang menggabungkan tradisi dan inovasi dengan harmoni.

Terdahulu, Amelia selaku wakil Pickle Depot meluahkan rasa bangga apabila venue mereka menjadi tuan rumah Kejohanan Pickleball Antarabangsa Skechers Edisi 2025 yang disertai oleh 618 peserta daripada 13 negara.

"Ini adalah pertandingan pickleball antarabangsa, edisi Malaysia 2025 di Pickle Depot dan kami sangat berbangga menjadi tuan rumah.

"Walaupun kami baru dibuka seminggu, menerima kejohanan pertama berskala besar adalah satu pencapaian luar biasa. Ia menunjukkan komitmen kami terhadap pembangunan sukan ini di Malaysia," kata pelakon kelahiran Malaysia-Britain itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram