[VIDEO] 'Saya tiada masa untuk tunggu', Syazwan Andik sah tinggalkan Sri Pahang


  • Podium
  • Khamis, 15 Mei 2025

Syazwan Andik (kanan) dilaporkan memilih untuk meninggalkan Sri Pahang menjelang musim baharu. — Facebook/Sripahangfc 

BEKAS pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Syazwan Andik Mohd Ishak dilaporkan memilih untuk meninggalkan Sri Pahang menjelang musim baharu.

Pemain berusia 28 tahun itu dilihat telah menamatkan perjalanan bersama Tok Gajah, meskipun kelab tersebut difahamkan masih membuat permohonan untuk Lesen Kebangsaan bagi musim hadapan,lapor Stadium Astro.

Syazwan Andik sebelum ini pernah mencuri tumpuan dalam arena bola sepak tempatan selepas mempamerkan aksi cemerlang ketika mewakili skuad kebangsaan, Harimau Malaya.

BACA LAGI: Terima kasih beri peluang, bintang JDT-Selangor tinggalkan kelab Thailand

BACA LAGI: Vietnam menanti Malaysia lepas kejutkan Indonesia, lambakan pilihan jadi pemangkin skuad negara

Dia yang merupakan tonggak utama skuad kendalian Fandi Ahmad dengan memiliki minit permainan yang banyak, dikhabarkan diintai beberapa pasukan antaranya Kuala Lumpur City dan bakal pendatang baru Liga Super, Melaka FC.

"Saya rasa seperti tiada peluang. Pemain yang masih memiliki kontrak juga diberi pelepasan mencari kelab lain.

"Untuk hala tuju, saya mahu meneruskan karier dengan mencari pasukan baru.

"Saya harus melupakan Sri Pahang dan sudah tiada masa untuk menunggu daripada pihak pengurusan.

"Saya terbuka kepada apa-apa perbincangan dan meletakkan sasaran bermain selaku kesebelasan utama dalam pasukan yang beraksi dalam Liga Super," katanya di Nadi Arena. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram