
PADA Rabu, Kedah FA yang beraksi dalam divisyen teratas Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) mengumumkan keputusan melepaskan empat pemain selepas berasakan prestasi pasukan di tahap mengecewakan.
Mereka yang ditunjukkan jalan keluar ialah Shammir Olmedo, Luqman Yaakob, Shamsuri Saleh serta bekas tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT), Yazid Kamaruzuan dengan pendekatan tersebut menerima persoalan penyokong.
Bagaimanapun, kelab Utara tanah air berkenaan bertegas dengan keputusan diambil, sekali gus menceritakan bahawa rombakan besar bakal berlaku menjelang jendela perpindahan pertengahan musim bermula Khamis depan.
BACA LAGI: Meledak bersama Kedah musim lalu, saudara Teerasil Dangda sah sambung kontrak
BACA LAGI: Kedah makin mantap, bawa masuk ex JDT lepas kekalkan sepupu Teerasil Dangda
Yazid yang pernah beraksi buat JDT turut dilepaskan Kedah FA. — Facebook/Kedah FA
Malah, Kedah FA dilihat enggan menunggu tempoh tersebut kerana baru-baru ini, mereka mengumumkan kehadiran pemain baharu yang boleh beraksi di posisi pertahanan atau dikenali sebagai fixo dalam terma sukan futsal.
Pemain import dari Jepun, Higuchi Takeshi menjadi pilihan barisan kejurulatihan dengan pengalaman dimiliki sepanjang kariernya diharapkan mampu mengembalikan pasukan tersebut ke landasan terbaik musim ini.
"Pemain berusia 27 tahun yang berasal dari Hokkaido, Jepun ini bakal memperkuat benteng pasukan sebagai seorang fixo yang cukup berpengalaman. Pernah beraksi dalam kancah MPFL musim 2023 dan kelab ternama di negaranya, Takeshi hadir dengan disiplin tinggi dan semangat juang dari bumi Samurai," tulisnya.
Melihat kepada barisan kelab diwakilinya sebelum ini, rekrut baharu Kedah FA tersebut pernah menyarung jersi Selangor MAC dua tahun lalu dengan dia membantu pasukan itu ke tangga kedua Kumpulan B.
Jadi, pengalaman dimiliki dalam kancah MPFL diharapkan mampu membantu kelab baharunya itu memperbaiki prestasi selepas hanya mencatatkan satu kemenangan serta satu keputusan seri daripada tujuh perlawanan.
Rekod mengecewakan itu menyaksikan skuad bimbingan Aidiel Boon Abdullah berada di tangga kedua tercorot dengan perubahan segera perlu dilakukan bagi meletakkan pasukan di kedudukan lebih baik.
Selepas membawa masuk Takeshi, tidak mustahil sekiranya Kedah FA akan memperkenalkan lebih ramai pemain baharu selepas pihak pengurusan menegaskan beberapa nama sudah berada dalam senarai pendek. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram