
KIRA-KIRA dua minggu lagi penyokong bola sepak tanah air akan menonton perlawanan melibatkan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dan ASEAN All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur.
Ia menjadi perlawanan yang dinantikan oleh penyokong bola sepak tanah air dengan kali terakhir United berkunjung ke Malaysia semasa jelajah pramusim 2009, menewaskan Pilihan Malaysia dua kali 3-2 dan 2-0 masing-masing pada 18 dan 20 Julai di SNBJ.
Selain Man United, pasukan gergasi EPL iaitu Chelsea juga pernah berkunjung ke tanah air untuk aksi persahabatan menentang Harimau Malaya sebanyak tiga kali iaitu pada 2008, 2011 dan 2013 dengan semuanya berakhir dengan kekalahan buat skuad kebangsaan.
BACA LAGI: 'Bintang muda berdisiplin tinggi,' permata bola sepak Penang pilih Akademi JDT
BACA LAGI: 'Saya ada keluarga nak ditanggung,' Faisal Halim mahu lupakan kes simbah asid, fokus bola sepak
Daripada tiga perlawanan tersebut, aksi persahabatan pada 2008 menjadi kenangan buat salah seorang bekas tonggak Malaysia iaitu Irwan Fadzli Idrus apabila bek kiri itu dipilih mewakili Malaysia.
Selain berkongsi mengenai momen menentang kelab London itu, Irwan Fadzli juga bercerita pengalamannya ketika sesi bertukar jersi dengan pemain Chelsea usai perlawanan berakhir dengan kekalahan menerusi keputusan 0-2 hasil jaringan Nicolas Anelka dan Ashley Cole.
Kenapa Irwan tak tukar jersi dengan pemain Chelsea masa friendly dulu...?
Katanya jersi yang dibawa bukan player issue — dia 'Made in.."
Kelab billion dollar, tapi jersi copy ori .
Link: https://t.co/aaOxZqj1Za#Julang #Podcast #Sukan #IrwanFadzli #ChelseaCopyOri pic.twitter.com/ZVL95iYGBL
— Julang Podcast (@Julangpodcast) May 9, 2025
"Sebenarnya mereka (Chelsea) pun main bersungguh-sunggu juga. Cuma kita tengok dalam televisyen lain lah. Dari segi semangat untuk kita ini, lebih kurang sahaja. Kita boleh lawan cuma perbezaan dia saya nampak dari segi teknik.
"Saya tak tukar jersi itu. Sebab bila kita tengok di belakang, made in Thailand, made in Cambodia. Jadi, siapa nak percaya ini jersi original Chelsea.
"Yang pertama, apa yang saya tahu Chelsea itu dia bukan bawa jersi versi EPL pun. Dia datang sini, dia baru dapat baju itu. Jadi, saya rasa macam tidak adil lah. Kita original kan. Baju ori Nike," kata bekas tonggak Kedah dan Negeri Sembilan FC itu memetik temu bual bersama Julang Podcast.
Meskipun didakwa hanya menyarung jersi 'copy ori', Chelsea bagaimanapun antara yang membuatkan hati penyokong Harimau Malaya tersentuh selepas mempamerkan jersi Malaysia di Stadium Stamford Bridge, London.
Jersi pemain yang dipamerkan di 'rumah' keramat skuad The Blues ialah pertahanan tengah, S. Subramaniam apabila ketika perlawanan berkenaan, dia menyarung jersi nombor dua pasukan kebangsaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram