Buat BBQ saja jika menang UEL, Ruben Amorim malu pegang rekod kekalahan paling banyak


  • Podium
  • Selasa, 13 Mei 2025

Manchester United dilaporkan akan menyambut kejayaannya di Sepanyol secara sederhana. — Agensi

MANCHESTER United akan meraikan kejayaannya dalam Liga Europa dengan majlis barbeku tanpa perarakan bas secara terbuka.

Skuad kendalian Ruben Amorim itu akan berdepan Tottenham dalam perlawanan akhir Liga Europa pada 21 Mei nanti di Bilbao, Sepanyol.

The Red Devils juga dikatanya hanya berhasrat untuk meraikannya kejayaan di Sepanyol secara sederhana di padang latihan.

BACA LAGI: [VIDEO] Sentiasa baca surah al-Ikhlas, jurulatih jadikan seni silat sebagai 'kelas tambahan' untuk anak muda

BACA LAGI: [VIDEO] Hidupkan kembali budaya makan sirih dan simpan keris, bukan setakat simpan muzium — Cucu Mat Kilau

Ruben Amorim. — Agensi

Manakala, Tottenham pula merancang untuk melakukan perarakan sekiranya kemenangan berpihak kepada mereka. 

Sementara itu, Amorim mengakui timbul rasa malu untuk menerima kenyataan tentang kedudukan semasa pasukannya dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Pada Ahad lalu, kekalahan 0-2 menentang West Ham di Old Trafford sekali gus menunjukkan rekod United tewas kali ke-17 dalam perlawanan liga utama.

Kekalahan itu berlaku tiga hari selepas mara ke final Liga Europa yang secara tidak langsung dapat menyelamatkan mereka sekiranya berjaya menewaskan Tottenham.

Sejak 1974, ia merupakan kekalahan paling banyak dicatatkan United apabila tersingkir daripada saingan utama.

Amorim bagaimanapun mengambil tanggungjawab ke atas segala permasalahan yang mula berakar umbi dalam pasukan sehingga ada pemain langsung tidak peduli sekiranya kelab mengalami kekalahan.

"Anda ada perasaan itu apabila melihat sesuatu dan anda nampak cara kami bermain.

"Tetapi sekali lagi, saya yang harus bertanggungjawab.

"Sukar untuk diungkapkan dan saya benar-benar malu kerana dalam 25 perlawanan kami hanya menang enam daripadanya.

"Ada yang tidak kena dalam cara kami bermain bola sepak dan kadang-kadang ia bukan tentang cara kami bermain secara taktikal dan teknikal," katanya. 

Menurutnya, perkara itu perlu diperbaiki bukan sahaja di dalam padang, malah di luar.

"Kedudukan kami tidak boleh diterima dan bagi saya, itu bukan kurang keyakinan, itu suatu kekurangan yang lebih mendalam," tambahnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram