Tiada masalah tundukkan Jepun, Malaysia muncul Raja Kuadran Asia


  • Podium
  • Isnin, 12 Mei 2025

Skuad kuadran negara berjaya menundukkan Jepun dengan keputusan 15-18, 15-11 pada Isnin.

SKUAD kuadran negara mengesahkan diri sebagai Raja Kuadran Asia selepas menundukkan Jepun dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan akhir Piala Asia Astaf di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur (KL) pada Isnin.

Perlawanan itu bermula dengan langkah kanan buat anak-anak buah Zulkarnain Arif yang selesa sehingga mencatatkan keputusan 15-8 dengan setiap libasan diraikan ratusan penyokong di venue tersebut.

BACA LAGI:[VIDEO] Padam cabaran Oppa, skuad kuadran bersedia hadapi Jepun di final Piala Asia Astaf

BACA LAGI:Percaturan nyaris makan diri sebelum tundukkan Jepun, skuad kuadran kebangsaan bersedia muncul semifinalis

Momentum cemerlang tersebut diteruskan ke set kedua apabila kuadran negara sekali lagi menampilkan persembahan menakjubkan untuk menundukkan wakil Asia Barat itu 15-11.

Berkata mengenai kejayaan berkenaan, Zulkarnain sebagai ketua jurulatih berkata, kejayaan itu cukup memuaskan kerana bagi saingan kali ini, pasukannya kerap tampil dengan perubahan.

"Kuadaran adalah (kategori) baharu buat pasukan Malaysia dan kita pun banyak mencuba pelbagai rencana dan strategi. Jadi, Alhamdulillah, bagi saingan kali ini, serba menjadi," katanya.

Pengendali itu turut menjelaskan momentum diraih dalam Piala Asia Astaf diharapkan mampu diteruskan bagi dua lagi pertandingan besar dalam tahun akan datang.

"Jika diikutkan, persiapan kita selepas ini akan berentap dalam Piala Raja Thai dan Sukan SEA. Pada dua kejohanan itu, semestinya Thailand, Indonesia dan Myanmar akan beraksi," katanya.

Kejayaan tersebut merupakan kali pertama pasukan negara merangkul kejuaraan dalam acara kuadran bagi Piala Asia Astaf dengan pencapaian serupa amat diharapkan bagi dua lagi kategori lain.—Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram