
PENGENDALI Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou berang dan hilang sabar ketika sidang media selepas kemenangan 2-0 ke atas Bodo/Glimt dalam aksi separuh akhir Liga Europa (UEL) pada Jumaat yang menyaksikan Spurs mara ke final dengan agregat 5-1.
Insiden tercetus apabila wartawan The Telegraph, Matt Law, mengajukan soalan berhubung sama ada kejayaan di Liga Europa akan menyelamatkan musim Tottenham, dengan merujuk kenyataan pihak Manchester United bahawa kejohanan tersebut tidak akan menyelamatkan musim mereka.
Ketua jurulatih dari Australia berkenaan jelas tidak senang dengan perbandingan tersebut dan menegaskan sekali lagi bahawa pertandingan UEL sangat penting untuk pasukan bimbingannya.
BACA LAGI: Tak cukup yakin benam Bilbao, Amorim anggap Man United kerap 'hilang akal'
BACA LAGI: Onana-Altay ditunjuk pintu keluar, penjaga gol Serie A jadi pilihan Man United
“Saya tak peduli. kenapa saya perlu peduli apa yang Man United fikir? Apa kaitannya dengan saya? Tanya saja pengurus Man United kenapa dia kata begitu. Saya dah katakan dari awal lagi bahawa pertandingan ini penting," katanya.
Apabila ditanya tentang makna trofi UEL kepada pasukan berpangkalan di London, England berkenaan, pengendali berusia 59 tahun itu menyerahkan persoalan tersebut semula kepada wartawan.
“Awak mungkin lebih tahu daripada saya dan mungkin dah lama mengikuti kelab ini. Apa pendapat awak, apa makna sebuah trofi untuk kelab ini?," tanyanya kembali kepada wartawan berkenaan ketika sidang media pasca perlawanan.
Tambahnya, ramai pihak termasuk penyokong bola sepak kini mula gusar jika Tottenham Hotspur mungkin benar-benar akan memenangi kejuaraan, dan oleh itu cuba memperkecilkan pencapaian mereka.
Fucking hell this really is a truly incredible speech pic.twitter.com/V10k2a2n2k
— Alex (@xAlexTHFC) May 8, 2025
“Orang mula fikir, ‘Macam mana kita nak runtuhkan ini, nak rendahkan pencapaian ini... atau bandingkan kami dengan Man United," tambahnya.
Ketika ini, United menghuni tangga ke-15 Liga Perdana Inggeris (EPL), satu mata di atas Spurs yang di tangga ke-16, kedudukan yang mengecewakan bagi kedua-dua kelab.
Namun, peluang untuk menamatkan musim dengan kejuaraan serta tempat dalam Liga Juara-Juara (UCL) masih terbuka apabila kedua-dua pasukan bakal bertemu dalam final Liga Europa pada 21 Mei di Bilbao.
Final itu bukan sahaja menawarkan kejuaraan Eropah tetapi juga ganjaran kewangan besar dan tempat automatik ke UCL musim hadapan, faktor penting dalam merancang jendela perpindahan musim panas nanti.
Awal minggu ini, bekas pengurus Arsenal iaitu Arsene Wenger, mencetuskan kontroversi apabila berkata pemenang UEL tidak seharusnya layak secara automatik ke UCL memandangkan lima pasukan EPL kini sudah diberi tempat.
Amorim sebelum ini berpendapat tidak akan menyelamatkan musim mereka. — Agensi
Postecoglou pantas membidas pandangan tersebut, menyifatkan ia sebagai cubaan meremehkan nilai pertandingan.
"Saya dah kata sebelum ini, Spurs ni boleh buat orang jadi pelik. Letak saja nama kelab tu dalam mana-mana isu, pasti ramai akan cuba merendahkannya," katanya.
Postecoglou turut mempersoalkan mengapa isu kelayakan ini hanya dibangkitkan sekarang, sambil menegaskan bahawa peraturan pertandingan telah menetapkan pemenang UEL layak ke UCL tanpa syarat tambahan.
"Ini bukan tahun pertama, dan tak ada pun tanda yang kata awak kena buat perkara lain juga. Tapi ini Spurs, mereka suka benda ni... Awak pun suka, kan?," jelasnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram