Dikhabar akan bergerak bebas, masa depan duo beregu wanita diputuskan dalam 2 minggu ini


  • Podium
  • Selasa, 06 Mei 2025

Pearly dan Thinaah masih belum menandatangani kontrak baharu dengan BAM. — Facebook/BAM

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah dijangka akan membuat keputusan mengenai pembaharuan kontrak mereka dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selewat-lewatnya hujung minggu depan.

Pearly dan Thinaah masih belum menandatangani kontrak baharu dengan BAM dan terdapat spekulasi bahawa pasangan itu mungkin akan memilih untuk meninggalkan badan kebangsaan dan menjadi pemain bebas.

Dengan pasangan beregu nombor satu negara itu dijadualkan menyertai empat kejohanan berturut-turut iaitu Terbuka Thailand (13-18 Mei), Masters Malaysia (20-25 Mei), Terbuka Singapura (27 Mei-1 Jun) dan Terbuka Indonesia (3-8 Jun). Masa semakin suntuk untuk mereka membuat keputusan mengenai masa depan mereka.

BACA LAGI: Lin Dan, ahli gandingan beregu emas negara antara bintang kidal badminton terhebat dunia

BACA LAGI: Misi buru gelaran di Vietnam, prospek badminton negara teruja berganding pemain veteran

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh. 

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh memberitahu bahawa situasi kontrak Pearly-Thinaah mungkin akan diselesaikan menjelang hujung minggu depan.

“Pearly-Thinaah masih belum menandatangani kontrak baharu, tetapi perkara ini dijangka akan diselesaikan dalam tempoh dua minggu ini.

“Mereka mempunyai banyak kejohanan yang akan datang, jadi kami akan beri mereka masa untuk membuat keputusan,” tambahnya. — The Star 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram