
KELAB gergasi Thailand, BG Pathum United FC didakwa sedang mempertimbangkan akan mengikuti langkah Selangor FC untuk menyertai kejohanan Liga Premier Singapura (SPL) pada musim 2025/2026.
Desas-desus tersebut mula menjadi topik perbualan apabila sebuah akaun penyokong bola sepak di laman X iaitu footy in sg membuat hantaran mengenai khabar angin berkenaan pada 1 Mei baru-baru ini.
Ini bukan kali pertama juara Liga 1 Thailand musim 2020-2021 itu mewarnai landskap bola sepak Singapura susulan sebelumnya, BG Pathum yang dahulunya dikenali sebagai Bangkok Glass FC pernah menyertai Piala Singapura sebanyak tiga kali pada edisi 2009, 2010 dan 2025.
BACA LAGI: Ramai tak tahu, bekas kiper Pulau Pinang kini jurulatih Piala Presiden Selangor
BACA LAGI: 'Setia hujung nyawa', JDT-Selangor-Sabah catat purata kehadiran penyokong tertinggi dalam Liga Super
Penyertaan kedua mereka pada 2010 merupakan yang paling bermakna berikutan The Rabbits berjaya muncul juara selepas menumpaskan Tampines Rovers, kini dikenali sebagai BG Tampines Rovers, dengan kemenangan 1-0.
Kemenangan itu sekaligus membolehkan mereka menempa sejarah selaku kelab dari luar negara yang pertama merangkul kejuaraan bagi pertandingan ini. Manakala, edisi kali ini menyaksikan mereka akan bertemu Tampines Rovers pada separuh akhir dua pada 27 Mei nanti.
Dengan penyertaan BG Pathum United dalam SPL, mereka merupakan kelab kedua selepas Selangor yang kini sedang meneliti dengan lebih terperinci mengenai hasratnya untuk menghantar pasukan pelapisnya beraksi dalam kancah negara jiran itu.
Perkara tersebut diteliti dengan lebih lanjut apabila badan penganjur, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan memansuhkan saingan Piala MFL iaitu liga simpanan bagi skuad bawah 23 tahun (B-23) pada musim hadapan.
BG Pathum dilaporkan akan menghantar skuad simpanan mereka ke SPL pada musim baharu nanti. — Agensi
Keputusan berkenaan membuatkan Selangor FC yang telah menandatangani dan membentuk skuad B-23 bagi musim hadapan meneroka opsyen beraksi dalam kancah bola sepak di negara seberang tambak itu.
Selain meneroka opsyen berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr. Johan Kamal Hamidon turut memaklumkan pasukan pelapisnya itu akan menyertai Liga A1 Semi-Pro anjuran Amateur Football League (AFL) dan sedang menantikan kelulusan daripada badan penganjurnya.
Ia menyaksikan skuad Gergasi Merah mengambil langkah berani untuk menyediakan dua pasukan pelapis mereka bagi beraksi di kedua-dua pertandingan iaitu Liga A1 dan Liga Singapura pada musim baharu nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram