
MASA depan Saddil Ramdani kini makin jelas apabila dia dijangka semakin hampir untuk menyertai salah satu kelab di Indonesia.
Baru-baru ini, Saddil seolah-olah memberi bayangan musim 2024/25 merupakan musim terakhirnya bersama Sang Badak.
Sejak itu, nama bekas pemain sayap Sri Pahang FC tersebut dilaporkan menjadi buruan bukan saja kelab dari Indonesia, malah, juara MFL Challenge Cup, Selangor FC juga dikhabarkan mendapatkan khidmat Saddil.
Bagaimanapun, Saddil dijangka kembali bekerjasama dengan Datuk Ong Kim Swee, yang kini mengendalikan pasukan Liga 1 Indonesia, Persis Solo.
Menurut laporan media tempatan Indonesia, Bola.com, Kim Swee dilaporkan menghubungi pemain berusia 26 tahun itu baru-baru ini.
BACA LAGI: Sukar saingi Syihan di JDT, Haziq Nadzli ada 3 jalan keluar kembang karier
BACA LAGI: Hampir pasti tinggalkan Sabah, Saddil ada 2 destinasi pilihan termasuk kembali ke pangkuan OKS
Saddil Ramdani (kiri) dikatakan semakin hampir untuk menyertai Persis Solo.
Ini membuka peluang untuk Kim Swee bergabung semula dengan bekas anak buahnya ketika mengendalikan Sabah.
Kim Swee mengesahkan bahawa dia telah menghubungi Saddil, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
"Banyak yang diperkatakan tentang Saddil. Apa yang saya boleh katakan, saya memang menghubungi Saddil. Itu sahaja yang boleh saya kongsikan," katanya.
Walaupun demikian, status perpindahan Saddil ke Persis Solo masih belum dipastikan.
Namun, hubungan rapat antara kedua-dua individu tersebut tidak dapat dinafikan, memandangkan Saddil pernah beraksi di bawah bimbingan Kim Swee selama empat musim di Sabah FC.
Sementara itu, pihak pengurusan Sabah FC masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai masa depan pemain itu, namun kelihatan bahawa Saddil semakin hampir untuk meninggalkan pasukan tersebut akhir musim ini.
Sepanjang empat musim bersama The Rhinos, antara pencapaian terbaik Saddil adalah ketika membantu Sabah FC melangkah ke separuh akhir Piala AFC 2023. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram