
KEMELUT pengurusan dialami Perak FC sepanjang musim meletakkan tanda noktah terhadap masa depan kelab tersebut yang dilaporkan tidak akan bersaing musim depan.
Ini selepas pemiliknya, XOX Pro Sport Sdn Bhd menyatakan pelaburan besar mencecah RM40 juta yang dicurahkan selama hampir tiga tahun hanya membawa kerugian terhadap syarikat telekomunikasi tersebut.
Hal tersebut sudah tentu membuatkan peminat yang bukan sahaja pengikut skuad The Bos Gaurus (TBG) yang terus mempersoalkan sikap pihak pengurusan yang gagal menguruskan kelab tersebut.
BACA LAGI: 'Suka tak suka', Perak kena bermula dari bawah, lepaskan pemain berstatus bintang
BACA LAGI: Perak FC tidak mengecewakan jika diambil kira segala kepayahan
Azim Zabidi menjelaskan pelaburan besar sudah dilakukan pihaknya bagi menguruskan skuad TBG. — Facebook/Perak FC
Manakan tidak, kelab yang pernah menjulang pelbagai trofi di pentas domestik itu boleh dianggap sebagai pasukan terbaik dengan ketiadaan mereka pasti akan diingati ramai.
Namun, timbul juga persoalan mengenai nasib pemain yang dilaporkan tidak menerima bayaran gaji penuh untuk kira-kira lima bulan yang pasti amat membebankan, lebih-lebih lagi bagi mereka berkeluarga.
Menjawab akan tanda-tanya itu, Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Azim Zabidi tampil menyatakan pihaknya akan cuba menyelesaikan tunggakan berkenaan dengan duit berbaki dalam akaun kelab.
"Ramai yang merungut dan mencaci saya dan cakap macam-macam. Tetapi pada akhirnya, itu saja yang kita ada. Kita menangis keluar darah pun itu saja yang kita ada.
"Tak ada lagi (dana) kerana pelabur-pelabur yang sedia ada dahulu, mereka tak akan melabur lagi atau masukkan dana lagi untuk Perak FC kerana beranggapan bahawa RM40 juta itu sudah memadai, dah cukup. Mereka sudah cukup rugi dah, satu sen pun tak dapat," katanya seperti mana dikongsikan pemerhati bola sepak tempatan, Fina Nasrom.
XOX Pro Sport Sdn Bhd sebelum ini mengambil alih tampuk pengurusan Perak FC yang masih beraksi dalam Liga Perdana 2022 dengan kehadiran syarikat tersebut pada awalnya memberi sinar harapan.
Ini kerana skuad TBG tampil melakukan pelaburan besar-besaran pada awalnya dengan menyambar khidmat Hadi Fayyadh Abdul Radzak selain melantik Datuk Lim Teong Kim.
Bagaimanapun, kedua-dua langkah awal itu tidak membawa kesan, malah membawa kerugian sehingga menyaksikan masalah pengurusan sekali lagi melanda Perak FC.
Pengunduran skuad TBG daripada saingan Liga Malaysia dikhuatiri akan menyaksikan lebih banyak pasukan bakal berbuat demikian seperti Sri Pahang FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram