[VIDEO] Bukan saja jelita, guru Pendidikan Seni Visual tunjuk bakat 'conteng' mural dinding kelas, pupuk minat murid melukis di sekolah


  • Relaks
  • Jumaat, 25 Apr 2025

Seorang guru tampil kreatif menghasilkan contengan mural di bahagian hadapan dan belakang bilik darjahnya.

PERSEKITARAN kondusif dan ruang interaktif dalam bilik darjah memberi impak positif terhadap pencapaian murid di sekolah.

Menjadi daya tarikan untuk murid tampil lebih bersemangat menimba ilmu, langkah itu nescaya mampu mendatangkan kesan baik bukan sahaja buat masa depan, malah reputasi sesebuah sekolah itu.

Tampil kreatif sebagai warga pendidik, seorang guru Pendidikan Seni Visual mempamerkan skil tersendiri apabila meninggalkan hasil contengan seni pada dinding bilik darjah. 

BACA LAGI: [VIDEO] Terpaksa tinggalkan bayi 3 bulan, wanita kongsi pengalaman 'breastfeed' ketika tunai haji

BACA LAGI: [VIDEO] Tegas bab 'parenting', Zaquan Adha pupuk minat anak main bola, tak mustahil jadi pelapis skuad kebangsaan

Berbeza seperti kebiasaan, @yanamnf di laman TikTok berkongsi kreativitinya apabila menghasilkan seni mural bertemakan hitam dan putih (B&W) khas buat murid di kelasnya.

Menerusi video berasingan, guru yang difahamkan mengajar murid darjah empat itu hanya menggunakan cat hitam untuk menghasilkan mural bercorak bunga tersebut.

Tular di laman sosial, rata-rata warga maya amat mengagumi usaha dan bakat seni contengan dipamerkan guru jelita itu.

"Cantik betul, untung dapat guru kelas Pendidikan Seni Visual, memang meriah kelas jadinya, murid pun jadi semangat nak belajar macam ni," kata Elvienna.

"Cikgu ni kreatif sungguh, bagus cat hitam putih secara tak langsung mengajar murid untuk lebih berdisiplin dan tak kotorkan dinding," uja HalmizaZila Zira.

"Bagus tunjukkan seni pada murid, pupuk mereka ceburi bidang seni apabila ke universiti nanti, dari sini la kita bentuk minat mereka," tambah Mohd Aiman.

Sering berkongsi tip melukis dan hasil seninya di laman TikTok, video berkenaan meraih tontonan lebih 300,000 setakat ini dan rata-ratanya berharap agar ia dijadikan ikutan seluruh guru di Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram