Anak bergaya bak golfer profesional, koleksi Armani perkenal set pakaian golf kanak-kanak


  • Relaks
  • Sabtu, 12 Apr 2025

Kepelbagaian fesyen kanak-kanak lelaki serta perempuan tampil dalam rona asas seperti hijau yang riang dan ceria.

Menekankan keselesaan, gaya, dan keseronokan, Emporio Armani Junior memperkenalkan koleksi musim bunga/panas yang direka khas untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. 

Koleksi ini bukan sahaja sesuai untuk masa santai dan percutian, malah juga untuk majlis istimewa lantas menjadikannya pilihan sempurna buat ibu bapa yang mementingkan penampilan si kecil.

Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan suasana santai padang golf, koleksi ini direka dengan potongan segar dan selesa yang memberi pengkhususan kepada setiap perincian. 

BACA LAGI: Hargai 13 tahun pertama, tempoh didikan ibu bapa paling berharga bersama anak-anak

BACA LAGI: Ibu tak tahan sebak, bapa cukur rambut tanda sokongan anak hidap leukemia

Palet warna yang digunakan termasuk hijau, putih, biru  serta sentuhan merah jambu lembut untuk kanak-kanak perempuan. 

Fabrik ringan seperti kapas, linen dan seersucker dalam rona semula jadi seperti kelabu dan coklat memberikan keselesaan maksimum.

Bagi acara formal, gaun bercorak bunga abstrak dalam warna merah jambu lembut dan emas menyerlahkan gaya ceria kanak-kanak perempuan.

Anak melaram sakan dengan gaya segak kasual ibarat golfer profesional. 

Manakala untuk kanak-kanak lelaki pula, sut biru klasik berpotongan sedikit oversized memberi gaya moden lagi segak.

Koleksi ini turut menampilkan “Manga Bear Crew Collection” yang menampilkan maskot ikonik beruang comel yang ditonjolkan sebagai pemain golf! 

Rangkaian ini merangkumi sweatshirt, baju-T, celana panjang dan seluar Bermuda dengan grafik menarik, termasuk topi besbol.

Emporio Armani Junior menggabungkan gaya abadi dengan keselesaan tinggi, ideal untuk ibu bapa yang ingin si kecil tampil bergaya sepanjang musim! — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram