Bukan ke Penang atau Terengganu, nama OKS disebut ikut jejak Cheng Hoe jadi ‘tulang belakang’ Harimau Malaya


  • Podium
  • Rabu, 23 Apr 2025

Cheng Hoe (kiri) dan Kim Swee sesuai dibawa masuk ke dalam Harimau Malaya berdasarkan pengalaman masing-masing. — Facebook/Sabah FC

SETELAH beberapa bulan dikaitkan bakal memainkan peranan bersama Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe akhirnya disahkan sebagai Pengarah Teknikal skuad kebangsaan seperti yang diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Joehari Ayub.

Pengumuman itu dibuat ketika Majlis Hari Raya Aidilfitri badan induk bola sepak negara itu dengan mengatakan bekas pengendali Selangor FC tersebut bakal memikul peranan berkenaan dalam masa terdekat.

Pengalamannya yang sudah lama berkhidmat sebagai ketua jurulatih, termasuk bersama skuad kebangsaan selama empat tahun bermula 2018 dengan beberapa perubahan dapat disaksikan.

BACA LAGI: Sumber dedah Penang pernah lamar Cheng Hoe sebelum kehadiran Wan Rohaimi

BACA LAGI: Cheng Hoe disebut-sebut Penasihat Teknikal FAM

Cheng Hoe pernah membimbing skuad kebangsaan selama empat musim dengan beberapa pembaharuan dibawa.

Jadi, kehadirannya akan membuatkan Harimau Malaya menjadi serba lengkap dengan barisan kejurulatihan sudah dibarisi pengendali berpengalaman sementara badan pengurusan turut diisi nama-nama besar.

Namun, di sebalik kegembiraan penyokong dengan kehadiran Cheng Hoe dalam pasukan negara, ada pula yang berduka kerana sebelum ini, dia pernah dikaitkan dengan kelab Liga Super.

Ini termasuk Penang FC dan Terengganu FC yang mahu membuat perubahan terhadap ketua jurulatih masing-masing, namun pengendali berusia 56 tahun berkenaan memilih untuk tidak menerima tawaran.

Meskipun hanya berstatus khabar angin, kehadiran pengendali tersebut boleh membawa perubahan besar, lebih-lebih lagi melihat prestasi tidak menentu mereka sepanjang musim.

Terengganu FC dan Penang FC pernah dikaitkan dengan Cheng Hoe sebelum ini. Facebook/Terengganu FC

Jadi, dengan FAM sendiri sudah mengesahkan kehadiran Cheng Hoe dalam Harimau Malaya, penyokong Terengganu FC dan Penang FC terpaksa menelan realiti bahawa dia tidak lagi dalam pasaran.

Bagaimanapun, ramai beranggapan FAM dan Harimau Malaya tidak akan terhenti di situ kerana organisasi itu dijangka turut membawa masuk seorang lagi nama besar ke dalam badan pengurusan.

"Lepas ni OKS (Datuk Ong Kim Swee) pula," kata Zaid Farhan.

"Harapnya Kim Swee pun boleh sertai FAM dan Harimau Malaya," ujar Zamri Malek.

Ketika ini, pengendali kelahiran Melaka tersebut sedang membimbing kelab Indonesia, Persis Solo dengan dia berjaya membawa pasukan berkenaan keluar dari zon penyingkiran.

Pengalaman terlibat dalam dunia kejurulatihan menjadikannya calon terbaik untuk bertugas di samping Cheng Hoe, namun masih perlu melihat jawatan apakah yang bakal diberikan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram