Ramai tak tahu Kedah ada prospek kacukan Malaysia-Indonesia


  • Podium
  • Selasa, 22 Apr 2025

Aaron Danish pernah beraksi untuk KDA FC B-20 bagi saingan Piala Presiden 2023. — Facebook/KDACFCC

SABAN tahun, ada sahaja cerita pemain warisan yang akan didengari penyokong bola sepak tempatan dengan ia selalu melibatkan tonggak berdarah negara Eropah mahupun negara seperti Australia.

Berbeza dengan pemain warisan yang pernah dikaitkan dengan Malaysia, kali ini seorang pemain muda dikatakan berdarah Indonesia namun sudah membesar dan menetap di tanah air. Pemain tersebut ialah Muhammad Aaron Danish.

Memetik akaun Instagram, futball.Indonesia, pemain bola sepak berusia 18 tahun itu difahamkan empunyai darah Indonesia dari sebelah keluarga ibunya dengan neneknya berasal dari Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia.

BACA LAGI: Sama seperti Kedah gagal dapat lesen AFC, fans khuatir Terengganu turut terpalit masalah gaji

BACA LAGI: Pernah dikaitkan ke Utara tanah air, bek muda Terengganu dalam radar kelab negara jiran

Berdasarkan hantaran berkenaan, Aaron Danish merupakan pemain bola sepak yang dilahirkan di Selangor pada 25 Januari 2007 namun kini sedang bermain untuk pasukan Bawah 20 tahun (B-20) Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Sekiranya dia konsisten meningkatkan prestasinya, tidak mustahil untuk menyaksikan Aaron Danish dinaikkan ke pasukan senior skuad Sang Kenari yang bersaing di peringkat tertinggi bola sepak Malaysia iaitu saingan Liga Super.

Prestasinya pemain berketinggian 175 sentimeter itu juga agak mengagumkan bersama kelab Utara tanah air berkenaan apabila sudah menjaringkan satu gol dan mencatat tiga bantuan gol dalam 16 penampilannya.

 

 

Selain KDA FC B-20, sntara kelab Malaysia yang pernah dan masih diwakilinya ialah International Soccer Academy, PNSB, Akademi Tunas Pertaling Perdana, Destiny FDC dan Kuala Lumpur FC.

Selain kelab tempatan, Aaron Danish juga pernah menuntut ilmu di luar negara dengan BISP Cruzeiro (Thailand) menjadi satu-satunya kelab luar Malaysia yang pernah disertai oleh pemain itu.

Aaron Danish juga boleh dilabel sebagai seorang pemain yang vesatil apabila kini difahamkan dia mampu beraksi di posisi central midfielder, pemain tengah menyerang, dan pemain sayap kiri.

Melihat Aaron Danish yang boleh mewakili Indonesia itu, penyokong seberang menunggu sama ada akan jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia B-23, Gerald Vanenburg akan memberi perhatian kepadanya atau tidak.

Jika tahap B-23 dirasakan terlalu tinggi, penyokong Sang Garudan berharap khidmat Aaron Danish mungkin boleh dimanfaatkan terlebih dahulu di skuad B-20 bagi menilai sejauh mana kualitinya.

Bagaimanapun, hasrat tersebut tidak sewenang-wenangnya akan diberikan kepada Indonesia dengan pasukan B-23 Malaysia yang kini dikendalikan oleh Nafuzi Zain juga pasti sedang memantau bakat Aaron Danish. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram