[VIDEO] 'Tidak semua orang perlakukan saya seperti Sabah', kata akhir Saddil Ramdani buat Sang Badak 'menangis'


  • Podium
  • Selasa, 22 Apr 2025

Saddil dijangka meninggalkan Sabah FC pada akhir musim ini. — Facebook/Sabahfc

SELEPAS hampir lima tahun menjadi wira Sabah FC, Saddil Ramdani dijangka tidak akan berkekalan bersama The Rhinos apabila dikhabarkan berpotensi menyertai pasukan baharu pada musim depan. 

Tonggak kelahiran Indonesia berkenaan sudah bersama The Rhinos selama empat musim dan membantu kelab berpangkalan di Borneo tanah air itu untuk menduduki tempat ketiga Liga Super selama tiga musim berturut-turut.

Walaupun pihak pengurusan Sabah masih belum berkongsi mengenai masa depan pemain berusia 26 tahun berkenaan, Saddil juga sepertinya sudah memberi petunjuk akan meninggalkan Sabah FC dalam masa terdekat ini.

BACA LAGI: Hampir pasti tinggalkan Sabah, Saddil ada 2 destinasi pilihan termasuk kembali ke pangkuan OKS

BACA LAGI: Bek JDT, winger Sabah jadi sasaran Persib Bandung

Menerusi klip dari podcast Ko Apa Tau Oh yang dimuat naik pada laman TikTok, bekas pemain kebangsaan Indonesia berkenaan mengirim ucapan istimewa yang menyentuh hati buat seluruh peminat Sabah. 

"Saya berterima kasih kerana tidak semua boleh memperlakukan saya sebegini. Kebanyakan orang mengganggap saya budak yang sangat nakal. Tetapi saya tidak terlalu peduli, saya hanya menjadi diri sendiri. Saya berterima kasih kepada Abang Tora Bola dan Abang Farish, nama saya baik di Sabah. 

"Saya berterima juga kepada pengurusan Sabah dan pemainnya. Terima kasih kepada jurulatih yang pernah bersama Saddil. Terima kasih kepada ilmu yang diberikan kepada Saddil. Saya berdoa semoga ALLAH lindungi anda semua.

"Tentunya yang istimewa kepada penyokong Sabah kerana memberi sokongan untuk hampir lima tahun. Tanpa anda saya bukan siapa-siapa. Kerana anda saya mempunyai nama yang sangat megah di Sabah, saya akan merindui negeri Sabah. Sampai jumpa di lain waktu.

"Saya berharap siapa pun yang ada di pasukan Sabah FC, berikan sokongan. Ini bukan tentang pemain tapi mengenai lambang Sabah FC," katanya yang terharu dengan kebaikan dan sokongan diberikan oleh Sabah FC dan penyokong terhadapnya. 

Memetik laporan media Indonesia, Tribune News, memaklumkan bahawa Saddil dikhabarkan akan menyertai pendahulu Liga Indonesia itu bagi membantu bahagian serangan skuad bimbingan Bojan Hodak pada musim depan.

Untuk rekod, antara pencapaian terbaik Saddil bersama Sabah FC selama empat musim bersama The Rhinos adalah ketika dia membantu pasukan untuk melangkah ke pentas separuh Piala AFC 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram