Nunez muat naik foto hitam putih tanda keluar The Reds, tonggak England jadi calon pengganti


  • Podium
  • Ahad, 20 Apr 2025

Nunez memuat naik foto hitam putih pada Instagram yang dianggap petunjuk perpindahannya. —Agensi

SEORANG bintang muda Aston Villa, Morgan Rogers dilaporkan telah melonjak ke tangga teratas dalam senarai pemindahan Liverpool menjelang jendela perpindahan musim panas.

Menurut sumber Empire of the Kop, The Reds kini sedang merancang satu tawaran serius bagi mendapatkan khidmat pemain berusia 22 tahun berkenaan.

Liverpool dijangka melakukan rombakan besar di Anfield menjelang musim baharu, dengan beberapa nama besar seperti Darwin Nunez dan Luis Diaz berkemungkinan besar meninggalkan kelab.

BACA LAGI: Sukar ketepikan Alisson, Kelleher sedia tinggalkan Liverpool, mungkin sertai kelab London

BACA LAGI: [VIDEO] Spekulasi masa depan Van Dijk bertambah panas, cium logo Liverpool lepas sumbat gol kemenangan

Pakar perpindahan Fabrizio Romano menyatakan Nunez hampir pasti akan angkat kaki, lagi-lagi selepas pemain Uruguay itu memuat naik foto hitam putih pada Instagram. Manakala, Diaz juga dikaitkan dengan perpindahan keluar.

Susulan itu, Liverpool kini aktif mencari pengganti di barisan serangan. Hugo Ekitike dari Eintracht Frankfurt turut tersenarai sebagai calon penyerang utama, namun tumpuan terkini kelihatan beralih kepada Rogers yang mempamerkan prestasi cemerlang musim ini.

Rogers telah merekodkan 14 jaringan dan 13 bantuan sepanjang musim ini, sekaligus menarik perhatian pengurusan Liverpool yang dikatakan sangat kagum dengan kepantasannya, kebolehan menggelecek dan keupayaannya mencipta peluang.

Rogers cemerlang bersama Villa musim ini. —Agensi 

Meskipun nilai sebenar tawaran masih belum didedahkan, laporan menyebut Liverpool memiliki bajet besar untuk dibelanjakan selepas hanya membuat satu pembelian pemain dalam tiga jendela perpindahan terdahulu.

Namun, Rogers dijangka tidak akan dilepaskan dengan harga murah, memandangkan Aston Villa hanya membelinya daripada Middlesbrough 18 bulan lalu pada harga £8 juta (RM48 juta) yang boleh meningkat kepada £15 juta (RM90 juta).

Kini, laporan dari Sepanyol menyebut Villa meletakkan tanda harga sekitar £70 juta (RM420 juta) ke atas pemain kebangsaan England berkenaan.

Rogers dilihat sebagai pemain serba boleh yang telah beraksi di kedua-dua bahagian sayap dan posisi nombor 10 di bawah kendalian Unai Emery. —Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram