
MESKIPUN kerap kali menampilkan persembahan berkualiti, Caoimhin Kelleher masih tidak dapat mencabar status Alisson Becker sebagai status penjaga gawang utama skuad The Reds.
Dia yang sebelum ini mengisi kekosongan ditinggalkan ketika rakan sepasukannya itu cedera meraih peluang dengan 10 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) direkodkan dalam tempoh tersebut.
Bagaimanapun, kepulangan Alisson pada pertengahan Disember menyaksikan pengurus The Reds, Arne Slot kembali meletakkan Kelleher ke bangku simpanan.
BACA LAGI: Dikhabar tinggalkan Liverpool, Chelsea antara 4 kelab mahu sambar penjaga gol The Reds
BACA LAGI: Sudahlah kempunan dapat muka baharu, Liverpool turut hilang bintang muda bernilai RM56 juta
Status Alisson sebagai penjaga gawang utama The Reds masih sukar dicabar. — Agensi
Kelleher tidak mempersoalkan keputusan tersebut kerana penjaga gol Brazil berkenaan berjaya meneruskan rentak konsisten untuk mengekalkan pasukannya di persada EPL dengan 16 perlawanan tanpa sebarang kekalahan liga dialami.
Kehilangan penjaga gol antarabangsa Republik Ireland itu tidak akan memberi tamparan hebat buat Liverpool kerana mereka akan turut menerima khidmat Giorgi Mamardashvili yang kini beraksi buat Valencia CF secara pinjaman.
Menyedari peluangnya semakin terhad, Kelleher difahamkan bersedia menamatkan tempoh enam musim bersama Liverpool pada jendela perpindahan akan datang demi meraih minit permainan lebih kerap.
Pemain berusia 26 tahun itu dilaporkan terbuka untuk menyertai mana-mana kelab yang dapat memberikan jaminan untuk meletakkannya sebagai penjaga gol utama dengan West Ham United antara yang berminat.
Areola bukanlah penjaga gawang terbaik untuk membantu West Ham musim ini. — Agensi
Ketika ini, peranan penjaga gawang dipikul Alphonse Areola, namun empat catatan 'clean sheet' daripada 21 perlawanan EPL setakat ini menceritakan perubahan yang perlu dilakukan kelab London tersebut.
Tidak cukup dengan itu, bekas pemain Real Madrid tersebut tidak memiliki kebolehan untuk melakukan hantaran dengan ciri-ciri tersebut diperlukan pengurus West Ham United, Graham Potter yang menekanan penguasaan bola.
Jadi, pelaburan dijangka dilakukan pada musim panas akan datang dengan mereka hanya perlu membayar £20 juta (RM116.6 juta) untuk mendapatkan Kelleher yang pasti tidak membebankan status kewangan kelab.
Selain penjaga gol simpanan Liverpool itu, skuad The Hammers dilaporkan turut berminat dengan bekas penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale yang baru-baru ini tersingkir ke divisyen kedua England bersama Southampton FC. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram