'Zaman Faisal Halim dah habis', komen provokasi undang geram fans Selangor, desak PDRM bertindak


  • Podium
  • Ahad, 20 Apr 2025

Faisal menerima komen berbentuk provokasi di media sosial.

PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim mengalami kecederaan di hidungnya selepas disiku oleh pemain PDRM FC semasa perlawanan terakhir Liga Super pada Sabtu.

Dalam kemenangan 2-0 diraih Gergasi Merah, Faisal dilaporkan mengalami patah hidung akibat disiku dan pemain itu dijangka perlu berehat selamat dua hingga tiga minggu.

Di kala ramai penyokong Selangor bersimpati dengan nasib Faisal dan mahu pemain itu segera sembuh, muncul komen provokasi diberikan terhadapnya.

BACA LAGI: Penyokong Selangor gali rekod lampau mahu semua bertenang, percaya kecederaan hidung Faisal Halim tidak serius

BACA LAGI: [VIDEO] Faisal Halim patah tulang hidung terkena siku kapten PDRM

Komen provokasi yang ditinggalkan terhadap Faisal Halim.

Dalam sebuah hantaran yang dilakukan oleh dakjef_ di Instagram, pengguna akaun tersebut berkata yang zaman Faisal sebagai pemain sudah pun berakhir sejak dia disimbah asid pada Mei 2024.

Malah, pemilik akaun tersebut secara terbuka mengutuk Faisal dengan menggelar pemain itu adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) dan menyuruhnya meminta sedekah di jalanan Bukit Bintang bagi menyara hidup.

"Hahah kan dah cakap, OKU jangan main bola, zaman Faisal Halim dah lama habis sejak hari pertama dia kena simbah asid. Tak ada comebacknya. Selangor FC saja nak gembirakan penyokong dia.

"Duduk Bukit Bintang minta derma je, pengawal keselamatan kau pun tak mampu nak buat apa-apa. Janganlah buat keras, anak kecil lagi tu," ujarnya.

Komen provokasi itu jelas menaikkan kemarahan penyokong Selangor dengan mereka mendesak pihak polis untuk mengambil tindakan terhadapnya.

Namun begitu, setakat artikel ini ditulis, pemilik akaun tersebut sudah memadam komennya.

"Siapa ada kenalan yang boleh kesan Instagram dia ni, dapatkan maklumat. Dari komen dia ada ancaman ugutan untuk Faisal Halim. Buat laporan terus, minta bantuan istana untuk desak PDRM jalankan siasatan," kata penyokong bernama Helmy Helmi.

"Buat laporan polis ramai-ramai, semua," ujar Shaiful Anuar.

"Tak ada penyakit, cari penyakit," kritik Jeff Mohd Jaffry. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram