Calon warisan HM dirisik kelab liga bawahan, akui kagum lihat Arif, Safawi


  • Podium
  • Rabu, 09 Apr 2025

Pemain berdarah kacukan England-Malaysia itu berkongsi bahawa dia akan beraksi bersama salah sebuah kelab di Malaysia. — Instagram/anuarceesay_10

CALON pemain warisan Harimau Malaya, Anuar Ceesay baru-baru ini mendedahkan bahawa dia telah menandatangani kontrak dengan salah sebuah kelab di Malaysia.

Walaupun enggan mendedahkan kelab yang bakal disertainya, berita yang dikongsikan kepada Harimau Malaya itu sudah pasti menggembirakan ramai peminat bola sepak tempatan.

Ramai penyokong berpendapat bahawa pemain yang memiliki darah campuran England-Malaysia itu mungkin akan menyertai Melaka FC.

BACA LAGI: Kini di ibu negara, pemain kacukan sekadar tahap liga sosial UK disebut-sebut calon bintang warisan baharu

BACA LAGI:

Ceesay turut memuji prestasi cemerlang Arif Aiman. Facebook/JST

Spekulasi itu timbul berikutan kejayaan Melaka FC dalam saingan Liga A1 Semi Pro MBSB Bank Championship 2024/2025, yang mana mereka mencatatkan 22 kemenangan, lima seri dan satu kekalahan sekali gus meraih 71 mata dan menjuarai liga tersebut.

Tidak mustahil kelab seperti Melaka FC ingin mendapatkan pemain muda yang memiliki pengalaman beraksi di luar negara seperti Ceesay.

Pada masa yang sama, Ceesay turut mengungkapkan kekagumannya terhadap prestasi cemerlang dua pemain terkemuka Malaysia, bintang Johor Darul Ta'zim, Arif Aiman Hanapi dan kapten Terengganu FC, Safawi Rasid. 

Menurut Ceesay, kedua-dua pemain itu telah mempamerkan corak permainan yang memukau dan mampu menjadi inspirasi kepada pemain muda seperti dirinya.

Langkah Ceesay yang kembali ke Malaysia untuk beraksi dalam Liga Malaysia pastinya memberi satu lagi dimensi menarik dalam perkembangan bola sepak tempatan dan sudah pasti peminat menantikan kelab mana yang akan menjadi destinasi seterusnya untuk bakat muda ini.

Beraksi di posisi serangan, Ceesay sebelum ini berkelana bersama Leatherlead FC di Non League Division One. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram