[VIDEO] Tiada import bukan alasan, kudrat lokal jadi taruhan Kelantan hadapi JDT


  • Podium
  • Khamis, 10 Apr 2025

Sebahagian sesi latihan Kelantan Darul Naim menjelang perlawanan mendebarkan bertemu juara bertahan, JDT.

MENJELANG perlawanan Liga Super 2024, Kelantan Darul Naim (KDN) FC bakal berdepan cabaran hebat daripada juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Dalam menghadapi perlawanan tersebut, KDN FC dijangka menurunkan barisan pemain tempatan sebagai usaha mengukuhkan pasukan.

Perkembangan itu dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air, Zulhelmi Zainal Azam di laman X.

BACA LAGI: [VIDEO] Bolos 6 gol, fans Sang Kenari puji semangat juang Ifwat Akmal selamatkan penalti Hidalgo

BACA LAGI: Tak setuju pemilihan MOTM, fans The Rhinos anggap anak jati Sabah lebih layak

Menurutnya, pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu hanya membawa 17 pemain di bawah bimbingan penolong jurulatih, Rezal Zambery Yahya.

"17 pemain, seorang jurulatih. Kelantan Darul Naim pertaruh ‘local’ bertemu JDT pada Khamis," katanya.

Walaupun skuad KDN FC tidak membawa jumlah pemain yang besar, langkah tersebut mungkin menunjukkan keyakinan mereka terhadap pemain tempatan.

Keputusan itu juga boleh dilihat sebagai pendekatan yang lebih berfokuskan kepada pembangunan bakat tempatan dalam usaha memperkuatkan pasukan.

Perlawanan tersebut pastinya menjadi ujian besar bagi KDN FC yang berusaha bersaing dengan kelab bertaraf tinggi seperti JDT.

Sebagai pilihan utama dalam saingan Liga Super, kekuatan pasukan JDT pasti memberi tekanan kepada KDN FC untuk memberikan persembahan terbaik mereka.

Pasukan Pantai Timur itu akan berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor pada Khamis untuk melengkapkan perlawanan tiga terakhir saingan Liga Super musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram