
PEMAIN naturalisasi negara, Liridon Krasniqi mencuri tumpuan dalam satu perlawanan apabila rembatannya tersasar sehingga terkena minuman penonton.
Dalam aksi Baller League berkenaan, Liridon yang mewakili Kafigtiger melepaskan rembatan kencang sebelum menuju tepat ke gelas minuman seorang penonton.
Insiden tersebut menarik perhatian ramai, terutama selepas video kejadian dikongsikan oleh Liridon sendiri di laman Instagram mililknya.
BACA LAGI: Tak setuju pemilihan MOTM, fans The Rhinos anggap anak jati Sabah lebih layak
BACA LAGI: Calon warisan HM dirisik kelab liga bawahan, akui kagum lihat Arif, Safawi
Dalam hantaran yang sama, Liridon sempat berpesan untuk menjauhi minuman beralkohol.
Pesanan itu seolah-olah merujuk kepada penonton yang sedang memegang gelas berisi minuman beralkohol ketika insiden berlaku.
“Jauhkan diri daripada alkohol. Dia patut dapat tiket percuma ke?,” coret Liridon di laman Instagram.
Selain beraksi bersama Kafig Tiger di Baller League, Liridon juga kini merupakan salah seorang pemain kelab Switzerland, FC Schaffhausen II yang bersaing dalam saingan divisyen kelima negara tersebut.
Untuk rekod, Liridon Krasniqi merupakan pemain tengah kelahiran Kosovo yang mula mencuri tumpuan ketika bersama Kedah pada 2015 dan dinaturalisasikan sebagai pemain Harimau Malaya pada 2020.
Selepas itu, Liridon menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pernah dipinjamkan ke Australia dan India. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram