[VIDEO] Bolos 6 gol, fans Sang Kenari puji semangat juang Ifwat Akmal selamatkan penalti Hidalgo


  • Podium
  • Rabu, 09 Apr 2025

Ifwat berjaya memastikan sepakan penalti Hidalgo gagal menggegarkan jaring Sang Kenari. — Facebook

WALAUPUN dibolosi enam gol, penjaga gol Kedah Darul Aman FC, Ifwat Akmal tetap menerima pujian daripada penyokong Sang Kenari.

Meskipun keputusan itu pahit untuk ditelan, Ifwat pastinya berpuas hati dengan prestasinya, terutamanya dalam membaca gerakan pemain lincah Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo.

Walaupun gagal menyelamatkan enam gol daripada tuan rumah, Ifwat boleh menarik nafas lega selepas ujian getir yang dihadapinya pada minit-minit akhir di Stadium Temerloh, Pahang berjaya diselesaikan dengan cemerlang.

BACA LAGI: Calon warisan HM dirisik kelab liga bawahan, akui kagum lihat Arif, Safawi

BACA LAGI: Tak setuju pemilihan MOTM, fans The Rhinos anggap anak jati Sabah lebih layak

Ketika itu, Sang Kenari yang sudah ketinggalan 6-0 menerima tamparan hebat apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada Tok Gajah.

Sepakan penalti itu pastinya berpotensi untuk mengubah keputusan menjadi 7-0, namun prestasi cemerlang Ifwat dalam membaca gerakan Hidalgo berjaya menafikan gol tersebut.

Tindakan Ifwat yang menyelamatkan sepakan penalti tersebut patut dipuji, kerana jika gagal, Sang Kenari mungkin akan berdepan kekalahan yang lebih besar.

"Walaupun kalah tapi kira okay-lah Ifwat boleh selamatkan penalti," kata Azhar Razak.

"Bukan senang nak save penalti, lebih-lebih lagi kalau sudah kalah besar," kata Aiman Hakim.

"Ifwat patut dipuji, walaupun sudah kalah tapi dia tak nak angka kemenangan lawan jadi lebih besar," kata Faisal Hashim.

Dalam aksi itu, Sri Pahang berjaya mengutip tiga mata penuh di laman sendiri selepas menewaskan KDA FC dengan keputusan 6-0. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram