
PENYERANG sayap lincah Sri Pahang FC, T. Saravanan mula mengintai peluang untuk beraksi di pentas akhir Piala Malaysia 2024-2025 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 26 April ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Pemain berusia 24 tahun berkenaan mula tempat dalam kesebelasan utama dan bertekad untuk tidak mensia-siakan peluang andai diturunkan pada final itu yang dianggap sebagai penutup terbaik untuk musim ini.
BACA LAGI: Luka masih belum terubat, Perak FC dituntut balas dendam ke atas Sri Pahang
BACA LAGI: 'Bila liga nak habis?' kepak Kenari tak sanggup lihat derita Kedah mudah diratah Sri Pahang
“Bagi saya, persiapan telah dilakukan dengan sebaik mungkin dan saya akan memberikan yang terbaik untuk pasukan. Saya mahu memberikan segalanya dalam tiga perlawanan terakhir musim ini, terutamanya aksi final.
"Saya akan berusaha sepenuhnya dan membawa hasil itu untuk diri sendiri dan juga pasukan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan Liga Super menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, pada Selasa lalu.
Dalam aksi tersebut, pasukan Tok Gajah tampil garang dan menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC dengan keputusan 6-0.
Saravanan turut mencuri tumpuan pada perlawanan itu apabila mencatat jaringan sulung musim ini selain beraksi penuh 90 minit buat kali pertama musim 2024-2025.
"Saya sangat gembira kerana ini merupakan perlawanan pertama saya bermain selama 90 minit, dan saya juga berjaya menjaringkan gol. Harapan saya selepas ini adalah untuk terus mendapat minit permainan dan membantu pasukan dengan lebih baik.
“Terima kasih kepada semua rakan sepasukan yang memberikan seratus peratus dan kekal fokus sepanjang perlawanan. Kemenangan 6-0 ini adalah untuk semua,” katanya.
Jelas bahawa aksi final Piala Malaysia kelak bukan sahaja medan untuk memburu trofi, malah menjadi pentas terbaik buat Saravanan membuktikan kemampuannya sebagai antara prospek masa depan bola sepak negara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram