Pernah disarung Lionel Messi, ambil iktibar survival tukang jahit Arab Saudi hidupkan bisnes busana tradisi


  • Bizz
  • Isnin, 21 Apr 2025

Habib (kiri) bekerja membuat bishts bersama cucunya Ghassan dan Fajr. — Agensi

HABIB Mohamed merupakan tukang jahit yang merupakan pemilik kepada kedai terkenal yang menyediakan hiasan dan juga tenunan tangan untuk kerabat diraja Arab Saudi.

Antara pakaian popular yang dihasilkan perusahaannya ialah 'bisht', gaun panjang yang selama berabad-abad menjadi simbol status, dipakai oleh raja, putera raja, selain lelaki biasa.

Dengan cara pembuatan tradisional, pakaian tradisi itu memerlukan masa sehingga seminggu untuk disiapkan dengan proses kerja yang teliti.

BACA LAGI: Harga berpatutan, hidangan pantas resipi bisnes nasi daun pisang anak Kedah berkembang, cecah pendapatan RM70 juta

BACA LAGI: Obsesi baharu bilionair China jaga masa depan negara

Namun, dengan kehadiran jubah murah buatan China yang memenuhi pasaran ketika ini, tukang jahit berusia 60 tahun itu bergelut untuk bersaing sekali gus mengumpul pendapatan. 

Satu-satunya anak lelaki beliau juga difahamkan tidak berhasrat untuk mengambil alih kedai terbabit.

Bagaimanapun, Habib enggan membiarkan kerja seni tradisi itu mati dan beliau kini terus mencari cara untuk mewariskan ilmu pengetahuan dimilikinya.

"Kami telah mula menjalankan proses latihan di kedai dan rumah," katanya ketika ditemui di kedainya di bandar Hofuf di mana bisht boleh dilihat tergantung di sekeliling premis tersebut.

"Saya sedang mengajar cucu saya, sama ada mereka perempuan atau lelaki."

Di wilayah kelahirannya iaitu Al-Ahsa, Habib berkata, adalah "dianggap memalukan bagi seorang lelaki untuk pergi ke pengebumian atau pasar, atau melawat sesiapa sahaja di mana-mana tanpa memakai bisht".

Bisht turut mendapat perhatian dunia pada 2022 apabila Emir Qatar menyarungkan pakaian tersebut kepada bintang bola sepak global, Lionel Messi ketika final Piala Dunia.

Walaupun orang Arab di seluruh negara Teluk ada ketikanya memakai busana tradisional, terutamanya dalam suasana formal, pakaian dihasilkan daripada kilang dilapor telah menggantikan pakaian buatan tukang jahit di negara tersebut yang kaya dengan hasil minyak itu.

'Kemerosotan' jualan jubah

Saudi tailor Habib Mohammed arranges his production of bishts, an ornate, hand-woven long cloak which for centuries has been a status symbol, worn by kings and princes, inside his workshop in the oasis city of Hofuf, in Saudi Arabia's Al-Ahsa governorate on February 16, 2025. Now, with cheap Chinese-made robes taking a bite out of his business, the 60-year-old tailor is struggling to make a profit, and his only son wouldn't take over the beleaguered shop. (Photo by Fayez Nureldine / AFP)

Habib menunjukkan bish buatan tangannya dan jubah berhias yang dipakai selama berabad-abad oleh raja, putera raja dan rakyat kebanyakan. — Agensi

Di bengkel kedainya, Habib dilihat memantau cucunya Fajr, 9, dan Ghassan, 10, yang sedang menyulam sebuah gaun halus.

Untuk rekod, Habib mula belajar menjahit sulaman ketika berusia lima tahun.

Menurut beliau, pekerjaan tersebut sudah memakan "seluruh hidup saya".

"Saya datang ke dunia ini... hanya melihat bisht di sekeliling saya," kata Habib yang memakai pakaian kebangsaan Saudi iaitu jubah putih dan hiasan penutup kepala dengan rekaan kotak berwarna merah-putih yang dikenali sebagai shemagh.

"Saya dilahirkan di kedai jahit (ayah) dan membesar dengan melihat ibu saya menjahit. Saya melihat adik-beradik dan sepupu saya bekerja dengan bapa saya di kedai jahit," ujar beliau.

Menurut Habib, isterinya juga seorang tukang jahit bisht dan memiliki kemahiran dalam melakukan sulaman pada bahagian kolar.

Bagaimanapun, kedainya yang sederhana, terletak di pasar kraf Hofuf telah melalui tempoh masa yang sukar.

"Semacam kemerosotan telah berlaku," katanya.

Bisht berkualiti tinggi suatu ketika dahulu boleh mencecah sehingga 6,000 riyal (RM7,096).

Namun, Habib berkata, jubah buatan mesin kilang dijual jauh lebih murah daripada harga tersebut.

"Sehelai pakaian yang saya jual pada harga 1,500 riyal (RM1,773) kini (buatan kilang) hanya berharga 150 riyal (RM177). Ia tidak mencukupi untuk menyara hidup," katanya.

'Tidak berputus asa'

Saudi tailor Habib Mohammed checks the embroidery on a bisht, an ornate, hand-woven long cloak which for centuries has been a status symbol, worn by kings and princes, inside his workshop in the oasis city of Hofuf, in Saudi Arabia's Al-Ahsa governorate on February 16, 2025. Now, with cheap Chinese-made robes taking a bite out of his business, the 60-year-old tailor is struggling to make a profit, and his only son wouldn't take over the beleaguered shop. (Photo by Fayez Nureldine / AFP)

Habib memeriksa sulaman pada bisht. — Agensi

Di sebalik cabaran tersebut, Habib enggan membiarkan tradisi itu hilang.

Beliau juga tidak keseorangan dalam memastikan perkara tersebut. 

Arab Saudi kini menyaksikan kebangkitan populariti bisht yang dilihat mendapat perhatian global termasuk daripada pelancong dan ahli perniagaan luar.

Tahun lalu, kerajaan Arab Saudi mengarahkan menteri dan pegawai kanan lain memakai bisht ketika masuk atau meninggalkan tempat kerja atau semasa menghadiri acara formal.

Arab Saudi menamakan 2025 sebagai Tahun Kraftangan, apabila ia akan mempromosikan dan menyokong 10 kraf tradisi termasuk tenunan bisht.

Selain itu, negara-negara Teluk lain turut cuba memasukkan bisht dalam senarai warisan budaya tidak ketara Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) dalam usaha untuk memelihara kraf itu.

Beberapa bisht yang tergantung di dinding bengkel Habib sudah berusia sekurang-kurangnya satu abad.

Beliau dengan bangga turut mempersembahkan jubah coklat yang diperbuat daripada bulu biri-biri.

"Ada yang menawarkan saya 200,000 riyal (RM236,434) untuk ini, tetapi saya enggan menjualnya kerana ia amat berharga bagi saya seperti nyawa saya. Ia mewakili sejarah negara saya," katanya.

"Saya mahu mewariskannya kepada anak dan cucu saya, dan saya akan meminta mereka untuk tidak menjualnya," katanya sambil menunjukkan beberapa helai pakaian lain di dinding.

Habib juga memberi pelajaran menjahit bisht mingguan di institut seni berdekatan dengan kebanyakannya untuk golongan muda. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram