
PERAK FC bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk meraih tiga mata penuh dan pulang ke Ipoh dengan kemenangan.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, pasukan kendalian Yusri Che Lah menunjukkan kebangkitan luar biasa dengan menewaskan Kuala Lumpur City FC 2-1 dalam saingan Liga Super 2024 pada Ahad.
Keputusan Yusri Che Lah untuk mengekalkan Nur Azfar Fikri Azhar ternyata membuahkan hasil apabila pemain itu menjadi salah seorang penjaring untuk The Bos Gaurus (TBG).
BACA LAGI: [VIDEO] Tiada import bukan alasan, kudrat 'local' jadi taruhan Kelantan hadapi JDT
BACA LAGI: [VIDEO] Rembatan kencang Liridon meliar, rupanya ada mesej tersembunyi
Azfar (tiga kiri) muncul wira buat Perak FC pada penghujung perlawanan di Cheras dengan meledak gol kemenangan. — Facebook/Perakfc
Selain Nur Azfar, kapten pasukan, Luciano Guaycochea turut menyumbang satu gol buat Perak FC selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-77.
Namun, di sebalik kemenangan tersebut, usaha keras skuad Perak FC tampaknya tidak dihargai apabila kelab itu kini dipercayai berada dalam keadaan kritikal.
Menurut hantaran dari palatao_bola di laman Instagram pada Khamis, pasukan tersebut dikatakan berdepan masalah dalaman yang mengakibatkan gaji pemain tidak dibayar sepenuhnya.
Lebih mengecewakan, skuad TBG dikatakan tidak mampu membayar 50 peratus gaji pemain dan terpaksa menyambut Aidilfitri tanpa gaji.
"Semangat walau gaji separuh. Perak masih berpeluang untuk menamatkan kedudukan kelima carta Liga Super, namun usaha keras pemain tidak dibayar sepenuhnya.
"Kelab kini dalam keadaan kritikal dan tidak mampu membayar 50 peratus gaji pemain, malah mereka menyambut Aidilfitri tanpa gaji, dengan bayaran separuh juga masih tertunggak," katanya.
Selepas ini, Perak FC akan menerima kunjungan daripada finalis Piala Malaysia, Sri Pahang FC pada 12 April nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram