
PEMAIN sayap kelahiran England, Anuar Ceesay dilaporkan telah tiba di Malaysia.
Perkongsian di laman Insta Story miliknya menunjukkan bahawa pemain berusia 21 tahun itu kini berada di ibu negara.
Namun, kehadirannya masih belum dipastikan, sama ada sebagai pemain warisan baharu atau sekadar untuk bercuti.
BACA LAGI: [VIDEO] Bukan sahaja gah atas padang, 3 bintang JDT pamer sikap rendah diri
BACA LAGI: Bukan 100 peratus produk AMD, Arif Aiman lahir hasil bimbingan JDT
Ceesay kini disebut-sebut sebagai pemain warisan baharu Harimau Malaya. — Instagram/anuarceesay_10
Dalam hantaran di Insta Story itu, Ceesay dilihat berada di sebuah pusat gimnasium yang tidak dikenal pasti, dengan latar belakang bangunan Berjaya Times Square dan kawasan ibu kota.
Difahamkan, Ceesay mempunyai pertalian darah dengan Malaysia melalui neneknya dan kini beraksi di liga sosial England bersama Leatherhead FC.
Menariknya lagi, laman Harimau Abroad turut mengesahkan kehadiran Ceesay di Malaysia dengan memuat naik hantaran yang menunjukkan kelibat pemain tersebut.
Selain Ceesay, Malaysia turut memiliki beberapa tonggak berdarah kacukan lain yang beraksi di England seperti Richard Chin dan juga Kobe Chong, namun masih belum mendapat kerakyatan negara ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram