
BERBAKI satu perlawanan saja lagi, Selangor FC berjaya mengesahkan status sebagai naib juara Liga Super memandangkan Gergasi Merah memiliki jarak mata selesa berbanding pasukan di tempat ketiga, Kuching City yang dibezakan tujuh mata.
Kejayaan itu sekali gus menyediakan peluang buat kelab Lembah Klang tersebut untuk beraksi lebih baik di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) Two musim depan selepas kempen mereka musim ini sekadar berakhir di peringkat kumpulan.
Bagi merealisasikan impian tersebut, pihak pengurusan Selangor perlu membuat rombakan terhadap pasukan yang kurang sempurna musim ini kerana terdapat pelbagai kekurangan ketara dapat disaksikan.
BACA LAGI: [VIDEO] Rindu kelibat Ramez Dayoub, Selangor mungkin boleh pancing 3 pemain persis import Lubnan
BACA LAGI: Pemilik Man City pernah dapatkan khidmat bintang Selangor
Antara pemain import yang dikhabarkan akan ditunjukkan jalan keluar ialah penyerang mereka, Ronnie Fernandez selepas mempamerkan aksi kurang memberangkan sebagai peledak utama Gergasi Merah pada musim ini.
Meskipun dihidang dengan pelbagai peluang daripada pemain lain, penyerang kelahiran Chile itu musim ini sekadar meledak 12 gol dan merekodkan tiga bantuan sahaja dalam 32 kejohanan dia diturunkan.
Prestasi tidak mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan itu membuatkan muncul khabar angin mendakwa Ronnie akan dilepaskan dan Selangor akan membawa masuk seorang penyerang import baharu.
Pemain yang dimaksudkan ialah penyerang kelahiran Finland, Jasse Tuominen. Berdasarkan laman sesawang Transfermarkt, Tuominen kini beraksi untuk pasukan divisyen teratas Liga Finland iaitu Inter Turku.
Tuominen yang baru tiba pada Mac 2025 itu baru diberikan peluang untuk beraksi dalam dua perlawanan untuk Inter Turku. Sebelumnya, pemain berusia 29 tahun berkenaan bermain bersama Bruk-Bet Termalica.
Pemain ke-12 Gergasi Merah juga kurang menggemari Ronnie kerana dia dilihat terlalu kerap mempersendakan penyokong sendiri setiap kali menjaringkan gol. — Facebook/SelangorFC
Ketika bersama kelab itu, cabaran besar menimpanya apabila dia mengalami kecederaan meniskus pada Mac 2024, menyebabkan Tuominen perlu menjalani pembedahan dan berehat selama beberapa bulan.
Kemudian, Tuominen mengalami satu lagi kecederaan lutut selepas kelab memberi tekanan kepadanya untuk kembali beraksi sebelum dia benar-benar cergas sepenuhnya. Pada 30 Disember, ketika pemain itu hampir pulih sepenuhnya, kontraknya telah ditamatkan.
Kenangan manis Tuominen dalam bola sepak pula apabila mendapat pengalaman berharga beraksi dalam kejohanan kelab Eropah seperti kelayakan Liga Juara-juara UEFA (UCL) dan Liga Europa bersama kelab gergasi Belarus, BATE Borisov pada 2017. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram