Aksi Kedah-JDT dijangka hangat dengan kepulangan 'maestro' Harimau Malaya


  • Podium
  • Jumaat, 28 Mac 2025

Insa turut mengikuti rombongan ke Kedah meskipun sebelum ini mengalami kecederaan.

KELIBAT pemain tengah kebangsaan, Natxo Insa dikesan ketika sesi latihan Johor Darul Ta’zim (JDT) baru-baru ini.

Sebelum ini, pemain tengah berusia 38 tahun itu menjalani proses pemulihan akibat kecederaan yang dialami dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Kecederaan sama turut menghalang Insa daripada menyertai skuad Harimau Malaya yang dibimbing jurulatih Australia, Peter Cklamovski.

BACA LAGI: Bergegar saat menjamu selera, ex import Liga M berdepan detik ngeri gempa bumi di Thailand

BACA LAGI: Setahun merayu gaji tertunggak, legenda Harimau Malaya terpaksa pinjam wang berlesen demi sara keluarga, elak rumah dilelong

Kini, gambar terbaharu sesi latihan Harimau Selatan menyaksikan bekas pemain Celta Vigo itu sudah kembali menyertai latihan.

Salah satu gambar menunjukkan dia berada di belakang pemain import baharu JDT, Samu Castillejo.

Satu lagi gambar menunjukkan Insa, Junior Eldstal, Jordi Amat dan Shane Lowry sedang menjalani latihan sepakan percuma di Padang Seri Gelam.

Kehadiran semula Insa dijangka menambah pilihan buat Bidoglio di bahagian tengah JDT.

Ini memandangkan pasukan itu bakal mengharungi satu lagi perlawanan Liga Super sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Harimau Selatan bakal berentap dengan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk aksi tertunda minggu 21 pada 29 Mac di Stadium Darul Aman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram